oleh: fendi75 Roti Bulat

Roti

Cara mudah buat roti. Non Butter non oil. Sesuai untuk diet.


Created on : 20-07-2006

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • **Bahan A**
  • 125g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2sb gula
  • 150ml air (suhu bilik- 40C)
  • **Bahan B**
  • 125g tepung roti
  • 1/2sk garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan A. Kacau rata.Masukkan pula bahan B. Gaul sebati.
  2. 1
    Keluarkan dari mangkuk. Ulikan di atas papan pencanai
  3. 2
    Uli guna kedua-dua belah tangan. Sekali sekala ketuk-ketuk doh pada papan pencanai.
  4. 3
    Uli selama 10-15 minit. Guna 2 belah tangan. Tarik-tarik, tekan-tekan dan juga ketuk pada papan pencanai. Boleh rujuk gambar 2. Uli sehingga bila doh ditarik dengan tangan, boleh nampak jari di balakang
  5. 4
    Bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20minit)
  6. 5
    "Finger test". Celup jari ke dalam tepung. Kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. Bila nampak lubang tu, dah naiklah
  7. 6
    Tumbuk roti untuk keluarkan angin.
  8. 7
    Bahagikan adunan kepada 8. Kemudian buat bulat.
  9. 8
    Tutup rapat-rapat pada bahagian bawah. Rehatkan 10 minit
  10. Selepas rehat, ambik sebiji roti. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian buat bentuk bulat semula macam gambar 8 dan 9. Penaikkan sehingga 1.5 kali ganda atau 20 minit.
  11. Bakar dengan suhu 180C selama 8 minit