No picture
masa buat 30 minit, resepi mak
Created on :
06-04-2007
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- bawang putih 2 ulas diketuk
- ayam sebelah(mengikut kehendak)
- sawi seikat
- tomato sebiji
- telur sebiji
- lada merah sebiji
- mee kuning
Cara-cara
-
potong ayam dadu kemudian rebus dan letak secubit garam dan secubit ajinomoto[Bahan A]
-
selepas ayam telah siap direbus, masukkan minyak dan tumiskan bawang putih di dalam kuali lain.
-
tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan [Bahan A] tadi dan masukkan mee, sayur dan telur sebiji.Apabila hampir masak, letak tomato
-
Untuk lebih sedap, tambahkan lada sulah atau limau nipis.Sedia untuk dimakan..