oleh: acik_yarn Bubur Asyura

No picture

resepi bonda ku tercheenta..sedapnyaaa mak masak..


Created on : 29-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sekeluarga boleh makan, 10 Muharam kan Hari Asyura )

  • 2 cawan beras
  • sebiji santan kelapa(1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
  • **bahan untuk perencah(di tabur atas bubur)
  • 10 biji bawang kecil(dimayang)
  • 2 genggam kacang tanah
  • 5 ketul ayam, ambik bahagian byk isi
  • 5 batang daun sup
  • 3 biji telur ayam(digoreng dadar dan dihiris nipis))

Cara-cara

  1. Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua nasi bertukar jadi bubur.Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk mengelakkan hangit.
  2. Masukkan bawang kecil yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk.
  3. Masukkan garam apabila perlu dan rasa.
  4. Bila semua nasi dah jadi bubur, masukkan santan cair dan kacau.Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.
  5. ** bahan untuk perencah(ditabur)
  6. Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang kecil yang telah di mayang tadi di gaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil.Bila sudah kekuningan, angkat.
  7. Goreng ayam, siat isi dagingnya
  8. Kacang tanah digoreng
  9. daun sup di ricih
  10. ** Cara untuk menghidang
  11. Tuang bubur dalam mangkuk, tabur daging ayam yang telah disiat tadi, kacang tanah, bawang goreng, telur goreng dan daun sup. Sedap dimakan masa suam-suam kuku. Errmmm..sedap..

Tag

bubur




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

29-01-2007, zai_aa komen :

balik kerja petg ni nak masak bubur asyura


30-01-2007, minami133 komen :

lain negeri, lain bubur asyura nyer.. tak pernah lg mkn bubur asyura mcm nih,..


30-01-2007, ena_sakinah komen :

emm..blom penah dgr le bubur asyura pkai beras,1st time dgr...cm sedp je...tringin nk cuba!


30-01-2007, umi_e komen :

ini cara kami buat bubur asyura... ujung minggu ni boleh buat ;) - baru je makan hari ahad baru ni sempena 10 Muharam hehehehehe


01-02-2007, Mat Gebu komen :

Kalau kat tempat mat ada juga org campur pucuk paku dalam bbur asyura nie.


05-02-2007, nordinj komen :

Gula tak masuk ke?? Biasanya saya taruk Gula Melaka + Gula Pasir secukup rasa. TQ


05-02-2007, nordinj komen :

Lagi satu untuk menambahkan kesedapannya kami masukkan Daging yang dihiris halus. Sedap Ooooo......


08-02-2007, miza komen :

cikmat,kalu kat tpt miza yg ltk pucuk paku tu bubur lambuk.biasa bubur asyura kita ltk kcg mrh, jgung, ubi keledek,daging/ayam dan byk lglah bhn2nya


12-02-2007, yana komen :

waaa.. ringkasnya bubur asyura ni. kalau kat kelantan mcm2 kami campur... kat kelantan biasanya guna banyak rempah ratus. sama cam miza ckp, kami jg letakkan jgung, ubi keledek,daging/ayam, kacang hijau, beras tu satu kemestian.


14-02-2007, miza komen :

yelah yana baru mingu lpas buat asyura kat umah metua miza 8 kawah penat betoi tp seronok gotong royong mcm tu satu hari suntuk kena cuci kawah lagi..


17-06-2008, afong komen :

belum penah lg makan bubur asyura ne, skrg ne tengah memilih2 resepi bubur asyura ne. klu kawan2 ada resepi bubur asyura baik punya bagi lah ya


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu