Google+

oleh: put3 ct Kek Coklat Basah

Choco_moist__cake

Sesuai untuk 'hantu' coklat.


Created on : 17-10-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi put3 ct




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan A :-
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
  • 1/4 cwn gula pasir
  • Bahan B :-
  • 250gm Buttercup
  • tepung kek + susu tepung = 2 cwn
  • 5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
  • 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
  • sedikit badam
  • sedikit esen vanilla & perisa rose
  • Hiasan : -
  • 100 - 150 gm coklat masakan
  • sedikit minyak masak
  • sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)

Cara-cara

  1. Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
  2. Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
  3. Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
  4. Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
  5. Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
  6. Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
  7. Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
  8. Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
  9. Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.
  10. ** kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Past tuh ikut semula step last tadi.... Selamat mencuba...

Tag

kek

Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00756
24-10-2009
ni kek yang saya dah try...emm sedap...hehehe...dah termakan separuh...
Laporan oleh: tomyam_orang_kampung

wa...tq tq.. Ader jugak yg sudi mencuba resipi put3 nih.Hurm..lawa je awak hias.saya bab2 hias nie 'keras' sikit tgn nyer :-)



Komen (16)

17-10-2009, azzie75 komen :

emm!!slalu beli je..kali ni dapat resepi wajib cuba..


17-10-2009, almy komen :

emmm.... macam sedap jer... pas ini nk cb. k thank


17-10-2009, maisha komen :

cara2 nak buat mane//


17-10-2009, almy komen :

yerla mcm nr nk wat cr tk de. nanti tk jd... uwa mesti sedih.pas ni bagi dgn cr2 sekali tau... tq


17-10-2009, put3 ct komen :

maaf teman2.... sebenarnya ct baru je daftar walau dah lama ikut laman nie... tgh terkial2 nak buat, ader tetamu dtg.tuh dok kalut buat bihun sat...


17-10-2009, ridzma komen :

ct.... tepung kek+susutepung tu nak satukan jadi 2 cwn atau 2cwn tepung kek 2 cwn susu tepung?


17-10-2009, put3 ct komen :

Hi ridzma. Yup.. Tepung kek & susu tepung disatukan, jadi la 2 cwn. Tapi jgn byk2 sgt susu tepung tu yea.. Mungkin ridzma ble wat 1/4 cwn susu tepung, selebuhnyer tepung kek.


21-10-2009, Nor Aniza komen :

nk kene cb ni..tp kalo gune serbok koko yg x de brand leh x? ala..yg dh siap di jual timbang tu..


24-10-2009, azzie75 komen :

susu tepung tu..pkai susu tepung yng mcmana?


28-10-2009, put3 ct komen :

Niza... put3 biasa mmg guna sebok koko VH tuh.... tak pernah lak cuba yg lain... hurm..ble kot niza nak try guna yg lain.Nanti helo2 la bg tau mcm mana rasa nye.... :-)


28-10-2009, put3 ct komen :

Azzie75... Maaf late reply..bz sikit lately. susu tepung tuh..biasa nyer put3 guna Nestle /everyday tuh... (bungkusan kaler biru) :-)


16-12-2009, princess_ecah08 komen :

x sabar nak cuba msti sedap punye la tq


01-02-2010, juliza648251 komen :

dengar korang komen mcm best jer.. nak try la.. mesti best kan.. mmmm sedap


11-04-2011, princes qaseh komen :

ermm cm sedap je..jp lg nk cube buat la..tq..


30-04-2011, anisuhai komen :

sis,if tepung tu gune tepung biyase bole tak? cth,tepung gandum ke?.. :)


03-05-2011, where mat komen :

biasenyer sy ni taw mkn jer xpandai nk buat ,,..skg ni dh jumpe recipe blh arr nk try buat lakk.,..tq k.ct


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd