oleh: sitiazma Laksa Asam Perantau

Laksa2

Khas kepada yang teringin nak makan tapi takde bahan. Kat Germany takde pelbagai jenis ikan, so kami guna Tuna dlm tin. Laksa ni saya masak guna microwave.


Created on : 28-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bahan untuk kuah
  • 1. Tuna (dlm minyak atau air garam) - 2 tin
  • 2. Bawang besar - 2 biji
  • 3. Cili kering - segenggam (ikut suka kepedasan)
  • 4. Asam keping atau air asam jawa
  • Bahan penting
  • Laksa kering
  • Bahan untuk hiasan
  • 1. Daun Salad - dihiris halus
  • 2. Timun - dihiris halus
  • 3. Nenas - (dlm tin)
  • 4. Cili merah atau cili padi dihiris halus - ikut kesukaan

Cara-cara

  1. Rebus laksa hingga masak. Kalau guna microwave - dlm 20-30 min. Tapi bergantung, sila rasa laksa tersebut masak dengan betul.
  2. Utk kuah. Blend semua bahan utk kuah dan masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai utk microwave. Tambah air ikut kepekatan bahan anda. Tambah gula dan garam secukupnya. Masak lah seperti biasa, dengan microwave dlm 20-30 min.
  3. Bolehlah dimakan. Senang kan. Sebijik rasa sama dengan laksa asam kat pasar malam.
  4. **bagi yang ada bahan -bolehlah tambah daun kesum atau bunga kantan dlm kuah, dan hiasan tambahan : daun mint, limau kasturi, pes udang dan lain-lain. Bagi yang takde, rasa laksa simple menggunakan tuna dan masak dlm microwave ni masih sedap.

Tag

laksa




Laporan Masakan Bergambar (5)

Udonasam
30-01-2007
udon asam perantau.. eheh guna udon ganti laksa..
Laporan oleh: yani

soba tak try ke yani? anyway, gambar dari yani selalu mengiurkan.

Dsc02360
27-04-2008
sitiazma..tq very much...hubby saya ula2 taknak..lepas tu licin...mmm sedap.wlaupun takde dedaun tu tapi bagi saya yg kat perantauan kira dah okla...saya pun guna udon gak...you all sumer kena cuba resepi ni...mudah dan sedap...
Laporan oleh: ayu80
Sh100193
12-08-2008
terima kasih sitiazma, weekend lepas saya buat laksa ni, alhamdulillah.. berjaya dan sedap. ditempat saya ni boleh dapat daun kesum, cuma bunga kantan saja yang tak ada. ikan yang saya gunakan ikan mackerel yg besar, tengoklah dalam gambar ni, tak sangka ikan ni banyak minyak seolah olah saya menumis bahan2 tersebut. hari raya nanti bolehlah buat jamuan laksa, terima kasih banyak2.
Laporan oleh: isfahanum
Img_2570
27-08-2008
Fuuhh...berasap tinga!! letak ld kering bukan takat segenggam terlebih genggam haa... mmg best, senang tak yah sibuk2 nak rebus ikan pas tu amik isinyer pakai tuna main campak ajer kat periuk masak sekali mmg best!! oleh kerana kehabisan stok daun kesom pakai bungan kantan yg dah 2 tahun dok kat freezer :D, tq!!
Laporan oleh: Natto 1
Dsc05240
04-09-2008
Buat untuk buka posa hari ni. Sempoi dan sedap.
Laporan oleh: newbie123

Komen (20)

28-01-2007, minami133 komen :

br jer buat 3 hari lps...


28-01-2007, hby(v) komen :

masak dlm microwave tuh nk wat bape watt or bape lame..?


28-01-2007, princessharyati komen :

letak daun pudina.. sedap gak.. kalu ada belacan n bunga kantan daun kesum lagi lengkap yek (kat dubai pun tak de daun kesum dan bunga kantan)


29-01-2007, ynf komen :

kalo guna ikan dalam tin yg lain?tuna kat sini *france*,ta sedap la


29-01-2007, sitiazma komen :

hby(v)- kalau guna microwave, saya sentiasa check lepas 10 min. Saya akan rasa masak ke tidak. Bergantung kpd berapa watt microwave tu, sebab tu saya tak cakap berapa lama. Saya punya 800 watt


29-01-2007, sitiazma komen :

princessharyati-mmg ler best kalu ada daun kesum dgn bunga kantan. Bau kuah tu ...hilang rindu nak balik Msia. Kalau kat Msia kat heran sangat, semua bole beli jer. Kalau tak tahu masak kat luar ni, lagi ler rindu nak balikkkk.


29-01-2007, sitiazma komen :

ynf- saya rasa bole je kut guna ikan lain. Kalau awak buat cakap jadi sedap, nanti lapor ler kat sini ekk. Saya pun ingat nak try gak guna frozen fish, tapi dah best dah dgn tuna tu.


29-01-2007, faziah komen :

Setiap minggu laksa menjadi sajian tapi tak kisah kalau kat malaysia ni kat Tesco senang dapat barang asasnya


30-01-2007, shinchan komen :

boleh cuba nih...br semalam teringatkan laksa..hr ni jumpa resepi ni


02-02-2007, inid komen :

smlm sy dh cuba guna tuna dlm air 2..mmg best..sbb laksa xde, ganti spaghetti..pun sedap..


02-02-2007, minami133 komen :

betui tu.. org kat sini gune spaghetti ganti laksa.. sedap jugak..


18-02-2007, inid komen :

azma kat tempat azma ada ke laksa kering?sy dh cari kat asia mart kat sini tp xdela...


20-02-2007, sitiazma komen :

inid - kat tempat saya ni, Asia Mart korea, thai semua ada laksa kering tu. Ada byk jenis XL-L-M hehhe...paling kurus tu S macam bihun.


25-02-2007, inid komen :

bestnya..mgkin sy pegi ari 2 stok dh abis kot..td bru je mkn laksa azma..lepas skit kempunan..


09-04-2008, feezah komen :

dh byk kali buat laksa asam nie..sgt best!!thanks..


27-04-2008, ayu80 komen :

sitiazma.. tq very much..saya pun guna udon gak..mula2 hubby taknak pastu tgk2 dah licin..mmm.sedap utk org2 kat perantauan..saya cuma ada timun,cili,bawang saja...daun2 yg lain takde..


29-04-2008, once komen :

klo sy gne xgne cili kering tp sambal paprika y jual kt kdai turki tuh je boleH??


29-04-2008, once komen :

n kalo sy xmasak gne mikrovawe jd x ek??


18-08-2008, court komen :

leh ganti laksa ngan spageti tak


22-08-2008, Ejan komen :

Dah dua hari dua malam dok termimpi2 nak makan laksa ni.. tp daun kesum pun tak dapek cari kat sini..mujur jumpa resipi ni..tak sabar nak cube esok pagi ni.hehehe.kalau ikut hati nak buat je pukul 2 pagi ni.kehkehkeh


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu