Google+

oleh: Akira2 Coleslaw

Dsc00178

Resipi ni sy dpt dari internet dan dialih bahasa utk di kongsi. Is3 dan anak2 kata lebih sedap dr yang dibeli dr restoran mknn segera.


Created on : 18-09-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Akira2




Bahan-bahan ( Antara 7 hingga 10 orang )

  • Bahan A
  • 8 cawan kobis dipotong dadu (potong kecil)
  • 1/4 cawan carrot dipotong dadu (potong kecil)
  • 2 sudu besar bawang besar. (dicincang halus atau ditumbuk)
  • Bahan B
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/8 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan susu segar (sy guna jenama Dutch Lady)
  • 1/2 cawan mayonis (sy guna brand Kimball sbb murah sikit)
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1 1/2 sudu besar cuka
  • 2 1/2 sudu besar jus lemon (guna limau nipis pun bleh)

Cara-cara

  1. Gaulkan kobis, carrot dan bawang hingga rata.
  2. Bahan B dikisar hingga sebati dengan menggunakan blender atau mixer. Tuangkan bahan B ke dalam campuran kobis dan gaul rata.
  3. Perap dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman. Pas 2 hidangkan bersama ayam goreng atau kentang goreng
  4. Kalau nak lebih enak campurkan dengan kentang putar dan sosnya dan ditambah dengan sos cili dan tomato.

Laporan Masakan Bergambar (1)

Imag0741
08-02-2011
TQ for sharing..mmg sedappp...x rugi cuba..
Laporan oleh: Mrsazman

sori lama tak log in... butter milk ada jual kat supermarket... tapi kalau susah nak cari boleh buat sendiri... caranya campurkan 3/4 cawan susu segar dengan 2 sudu jus limau dan perap 10 minit.. selamat mencuba



Komen (12)

30-09-2009, enies komen :

bekas abc....cdpkn lg lh resepi ni..


22-12-2009, diana84 komen :

buttermilk macam mana rupa dia?


02-01-2010, masslieza komen :

cantinyerr bekas tu..ade abc..hehe


12-01-2010, Akira2 komen :

diana84, kalau x dpt cari buttermilk nie cara substitut nye. perah 1 sudu besar limau nipis dan campur 1 cawan susu segar. biarkan 10 minit maka jadilah buttermilk.


12-01-2010, Akira2 komen :

saje guna bekas abc bagi budak kecik minat nk makan sbb tau aje lah budak skrg x suke mkn sayur.


19-01-2011, garam komen :

ade sape2 yg guna bahan yg ringkas ingat nak uat niage bg budak2 sekolah mkn bahan ni banyak sangat..kalau mkn kat rumah blh sedap....


25-02-2011, amira amirudin komen :

buttermilk tu ape ?


11-03-2011, kulin_89 komen :

ade cara yang sng sbb nak mkn simple je..


03-01-2012, aziah1707 komen :

nk tye buttermilk tu buttercup ke


16-01-2012, aisha.saparon komen :

buttermilk tu yg cm no ?


01-05-2012, deludoh komen :

Terima kasih Sifu...dah cuba.. syoknyer..


18-07-2012, suzana.zairi.3 komen :

tq... anak2 dah x kisah kalo x pegi kfc..c abah lak kata sodap laei dari kfc hehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd