Google+

oleh: Kak Lya Mi Kari Original

No picture

Mi kari saya menjadi kegemaran keluarga dan kawan2. Namun begitu, maaf saya tak dapat upload gambar. Di sini, saya akan berkongsi resepi mi kari saya yang terkenal.


Created on : 13-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Kak Lya




Bahan-bahan ( 4 -5 orang )

  • Sebungkus mi kuning, dicelur dan tos.
  • Isi ayam setengah mangkuk potong kecil
  • Isi kerang rebus setengah mangkuk
  • Setengah bungkus (besar) serbuk kari BABA's
  • Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka
  • Sebiji kentang (buang kulit) dan direbus hingga empuk
  • sedikit air asam jawa
  • tauhu cina yang siap goreng (yg mcm span tu) dipotong dua
  • fish ball dan fish cake dipotong2
  • UNTUK HIASAN DAN SAMPINGAN
  • Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu
  • bawang goreng, cili potong, limau kasturi belah dua, sawi dan taugeh dicelur
  • jangan lupa garam dan ajinimoto jika suka
  • minyak masak untuk tumisan
  • Bahan tumisan:
  • 5 biji bawang putih, 5 biji bawang merah kecil, 2 inci halia ditumbuk lumat
  • 2 tangkai daun kari

Cara-cara

  1. Celurkan mi dalam air mendidih dan tos, asingkan.
  2. Untuk kuahnya: Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bwg merah dan halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
  4. Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati. Biarkan mendidih.
  5. Sementara menunggu kuah mendidih, kentang yang sudah rebus di tambah sedikit air panas dan dihancurkan hingga lumat. Masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih.
  6. Masukkan kerang, fish ball, fish cake, garam dan perasa dan biar sekejap. Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.
  7. Hidangkan dengan tahu goreng, bawang goreng, sawi dan taugeh. Selamat mencuba!
  8. ***Anda juga boleh mengubah mana2 kandungan mengikut kesesuaian selera anda dan keluarga.

Laporan Masakan Bergambar (3)

Img_3345
17-08-2009
Buat tengah hari tadi. Kawan2 puji, sedap.. Memang tak rugi ikut resipi ni.. ;D
Laporan oleh: ayu898
Mee_kari
31-01-2011
Kak Lya, memang sedap mee kari ni.. tetamu yang datang pun kata sedap! Terima kasih sudi kongsi resipi..
Laporan oleh: LynnSham
Image
15-11-2012
Tak rugi Cuba, mmg sedap. Mkn menambah2 hehe..
Laporan oleh: mardiha


Komen (10)

17-08-2009, ayu898 komen :

Tq Kak Lya!!!


08-10-2009, ain farhana komen :

nak cube laaa.... mcm sdap jerr... tq kak leya


08-10-2009, ain farhana komen :

nak cube laaa.... mcm sdap jerr... tq kak leya


18-12-2010, Wan Ramlah binti Wan ahmad komen :

ok, thanks. nak cuba ikut resepi akak pulak


05-04-2011, zanaria komen :

hmm..sedapnyer..


30-05-2011, yt.nurul komen :

saya nak minta kebenaran untuk cuba resipi Mi Kari Original, boleh?


31-10-2011, nurul 9020 komen :

salam..saya nak mnta kbnaran untuk cuba resepi mi kari original,boleh ke x?esok sya nak msakkan mee kari original untuk buat hdangan mkan tngahari brsama family tersayang..


27-08-2012, kamalina komen :

Salam... saya dah try resepi ni masa raya ke-7 baru2 ni...mmg mantap!!! ramai yg puji...buat 1 periuk tu, habis licin.... kalau nak pedas, blh tambah cili giling sikit, tapi saya tak letak pun..sebab anak2 nak mkn...


16-09-2012, Siv_251282 komen :

Kak thanks for the recipe, I tried and it turned out well thanks muaxxx


03-11-2012, shamnida komen :

tq kak lya.... nk wat thari ni.... tp guna daging....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd