Google+

oleh: ibufarzana Cupcakes Vanilla Mudah

Minicupcakes

Resipi barat tapi, mudah disediakan, tak terlalu manis dan boleh diubahsuai jadi perasa coklat atau style marble


Created on : 27-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ibufarzana




Bahan-bahan ( sekeluarga, kalau mini dalam 80 pcs, kalau saiz m dalam kurang lebih 20 pcs )

  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu (segar atau uht)
  • 2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.
  2. Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.
  4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.
  5. Cup1
    Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.
  6. Bigcupcakes
    25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat.
  7. Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.

Laporan Masakan Bergambar (2)

Imag1401
04-12-2010
mmm,mmg sedap..anak suka..guna susu cair pun ok
Laporan oleh: noore
Pa290380
03-03-2011
siapb bt topping lg..buat utk mkn2..sedap
Laporan oleh: cheq da


Komen (10)

03-08-2009, ummie_lea komen :

salam...kalau xde susu segar tu..leh tak gantikan dengan susu lain?


10-08-2009, ibufarzana komen :

salam ummie_lea, kalau ada susu manis bancuh air pun boleh tapi pastikan rasa susunya tak manis sangat, and sukatannya masih ikut resepi asal. Selamat mencuba


10-08-2009, zuzu83 komen :

salam....cupcake ni agak2 leh tahan bape lame ek...nk wat raye nnti......


08-11-2009, suka_rasa komen :

terima kasih.. dgn resepi ini dpt la sy try buat sendiri cupcake..


11-11-2010, lina domairi komen :

salam.. kalau nk nmpk cam cupcakes yg comel2 tu.camne nk wat krim dia yeh? da lame nk cuba buat nie tpi x lepas2 jgak.. hehe


23-02-2011, nakedbaby komen :

hello...1 cawan berapa gram yer? dan... 1 sudu tu macam mana? TQ


24-02-2011, edwynna komen :

naked baby, g kat kedai jual brg kek,beli 1 set cawan, n sudu. ade tunjuk semua. rm5.90 je :)


18-10-2011, princess flower komen :

As Salam...saya minta resepi nie ye ibufarzana...Terima kasih untuk resepi ini dan kerana sudi berkongsi disini...


24-10-2011, fizahridzuan komen :

berapa sudu baking powder kene campur ngan tepung biasa nk suh jadi macam tepung naik sendiri?


04-11-2011, messypolkadot komen :

ni nk tnya kla kita gantikan serbuk koko dengan oreo(oreo yg hancur) b0leh x??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd