oleh: Mat Gebu Apam Marmar

Step_by_step_030

Khas dari Indonesia


Created on : 14-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

  1. Step_by_step_026
    Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Step_by_step_025
    Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Step_by_step_027
    Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Step_by_step_028
    Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Step_by_step_029
    Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.



Laporan Masakan Bergambar (12)

Dsc00875
30-08-2007
ini lah dia hasilnya mat hanya dua nie aje yg dpt nana slmtkan yg lain habis dibalon anak2 dan isteri sedapnya tak terhingga TQ mat :-)
Laporan oleh: NanaSham

Terima kasih kerana sudi mencuba..

P9010262
04-09-2007
ni ler hasilnye...sempat jugak ambik gambar sebelum family ietah pulun...mmg cantik.saya gune bekas biase jer..
Laporan oleh: ietah79

Terima kasih kerana sudi mencuba..

Dsc06096
16-12-2007
tersilap..pegi letak warna putih bawah skali pulak. tapi sedap..
Laporan oleh: hanis

Terima kasih kerana sudi mencuba, eh lawa pulak belang dia kan..

Dsc003402
15-01-2008
memang gebuss..
Laporan oleh: dolitle

Macam kek marble lerr..

Img_2035
07-02-2008
SIL kata jual laku ni.bg skit kt ckgu kelas anak sulung,dia ckp best gila.jiran2 pn puji.cmne tuh cik mat....
Laporan oleh: hunny

Tak kisah, nak buat apa pun, mat ok sajaa.....

Kek_marmar_-_matgebu
08-02-2008
Senang nya nak buat ni. Rasa mcm Apam Siam yg org dulu2 buat tu.
Laporan oleh: AlongRoz
Apammarmar1
11-02-2008
dah lama teringin buat ni.. baru semalam dpt buat.. senang!!
Laporan oleh: yani
Apam_marmar
18-03-2008
tak pergi indon pun dapat makan apam ni.. cuma terkurang warna putih dan kurang pandai masa pusing yg last tu..
Laporan oleh: nor_67
Image569
24-03-2008
inilah dia hasilnya..cuma kaler ni je yg ada pun, x kisahlah janji sodap... tQ cik mat!
Laporan oleh: aa_iezah
Apam_marmar
26-03-2008
tahniah utk dri ku heheheh bjaya buat walau x berapa cun tp..mmg gebu,sedap,sungguh laku, buat ptg td dh hbs pon cayalh nsb baik tgl skeping tuk possing :)...TQ
Laporan oleh: Aziemas
Image584
31-03-2008
buat lagi..kali ni kalerful sket, jamu ibu mertuaku yang datang dr jauh nampknya mcm suke jer dia kira ok la 2...gud idea!
Laporan oleh: aa_iezah
Picture_1858__small_
08-04-2008
anak2 akak suka...tq mat
Laporan oleh: junjs11

Komen (18)

14-01-2007, zara_klate komen :

mat, u guna loyang bulat ke? agaknya kek ni mesti lembut n gebu. i mcm nak try je coz barangnya senang.


14-01-2007, Mat Gebu komen :

Kat sini mat guna acuan kek yg berlubang ditgh2nya.. tak kisan bentuk tin kek yg macam mana pun asalkan muat dalam kukusan masing2 (tapi jgnlah terlalu kecil).Warna tu terpulang nak buat sampai 7 kaler cam pelangi pun ok.. boleh tukar nama "Apam Pelangi" pulak kan. Tapi sebelum membuat apam tu, pastikan kita jerang air terlebih dahulu, senang bila apam siap dibancuh, air pun dah mendidih terus leh kukus macam biasa je...


16-01-2007, nizam komen :

cik mat tanya ckit tepung berserbuk penaik 2 macammana


17-01-2007, Mat Gebu komen :

Tepung berserbuk penaik tu ada dijual dipasaraya, yg diisi dalam kotak seberat 1 kg, sebagai contoh jenama "Bluekey".


22-01-2007, nizam komen :

cik mat kalau tak letak ovallate boleh tak....


23-01-2007, Mat Gebu komen :

hmm tu mat lom try lagi nizam .. sebab resepi asal memang dia guna ovallate


24-01-2007, nizam komen :

Cik mat kenapa saya buat tak gebu.bila masa panas dia naik tapi bila sejuk dia bantat.help me cik mat.........


24-01-2007, nizam komen :

masa letak bahan 2 ada step by step coz saya tgk resepi taruk so saya letak semua bahan then saya putar..ke bahan2 tak betul2 kembang cik mat eeee...........


09-05-2007, coyotemawi komen :

kembang adunan sampai putih melepak..


28-06-2007, pink lady komen :

cik mat ada resipi apam dewa tak? saya beli kat pasar. sedapla .. gebu dan lembut lagi...


04-09-2007, Mat Gebu komen :

apam dewa?.....hmm tak pernah dgr pulak kat Johor nie...tatau lah kalau kat sini panggil nama lain...


05-09-2007, skin12 komen :

ish...skin jth cinta ngn mixer cik mat! hee kacak!


14-02-2008, HANI_Z komen :

tq cik mat...resepi ni sedap.smlm ptg baru saya buat.pagi ni bawak p opis kekawan semua puji sedap n lembut.siap ckp blh buat jual lg.cuma saya tak de esen hijau saya letak esen pandan...tak jd warna hijau lak...hehehe...cuma kenapa apam saya pas masak merekah kat atasnya??


14-02-2008, mama_dina komen :

cik mat, kalau guna tepung gandum boleh tak?


14-02-2008, uminaj komen :

emmm....nampak sodap...nak try buat, tp ovellate xde la...alternatif lain xde ke...sesapa yg penah buat xyah guna ovallet tu....


01-03-2008, Miss Alert komen :

Salam semua.saya selalu ketinggalan keretapi tu sebab nama Alert tu..Geram tenguk apam mat gebu tu..Nanti nak cubak ya...Last week baru makan apam klasik dari Kampung Gajah Perak, sedap giler! Ada sesapa dari Kg Gajah? Boleh frozen 3 bulan U ! Salam perkenalan!


04-03-2008, cik meenah komen :

cettt!! i buat tak jadik ler..tensen giler..mungkin tak cukup kembang kot..


23-04-2008, onigiri komen :

baru je buat tadi, ape pun thanks ye mat gebu atas resepi yang best ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu