Google+

oleh: nazyana Paru Goreng Berlada Simple

Sdc10595

Resepi dari my mum. mudah n ringkas untuk disediakan.. Favourite my hubby..


Created on : 24-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nazyana




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Paru = 500 g
  • Lada merah = 7 batang (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Bawang besar = 1 biji (yang sederhana)
  • Bawang putih = 3 ulas
  • Serai = 1 batang (dititik)
  • Serbuk kunyit = 1 sudu teh
  • Garam & gula = secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru pakai garfu)
  2. Paru dipotong mengikut kesukaan masing-masing. Jangan terlalu nipis atau tebal
  3. Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
  4. Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
  5. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
  7. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Tag

paru

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (2)

25-05-2009, zalieda77 komen :

sedap makan paru nih..yumyum..mesti best kan sbb letak serai...selalunya suami saya suka goreng garing2 jer...ratah macam kopok...


25-05-2009, nazyana komen :

hehe. hubby kte tak suke pulak garing2 la zalieda. kite pulak universal. mane2 bole..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd