Google+

oleh: myaida Honey Beef Steak

Aida

resepi penyediaan daging sahaja, sesuai dimakan dengan berbagai jenis steak sauce, ikut selera


Created on : 15-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi myaida




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 keping daging batang pinang segar - selain daging batang pinang pun boleh
  • 4 sb olive oil atau minyak
  • 4 sb madu lebah
  • 4 ulas bawang putih tumbuk Atau 4 sk garlic powder
  • 4 sk sebuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Tidak perlu basuh daging jika ia baru disembelih, kalau terlalu lama basuh kemudian lap kering dengan tuala tangan.
  2. Ketuk daging dgn pemukul daging hingga leper, kemudian cucu dgn pisau atau garpu
  3. Seasoning permukaan atas dan bawah daging, mula-mula sapu dengan madu, minyak, lada hitam dan garam, perap
  4. Sediakan kuali panas berisi sedikit minyak, bakar atau goreng kepingan daging atas dan bawah sedikit perang
  5. Lepas daging sedikit perang pada masa yang sama masukkan cendawan butang segar atau apa2 jenis cendawan yang lain yang telah dihiris, goreng sekali hingga daging masak, kemudian tuang secukupnya apa-apa jenis steak sauce
  6. Hias dgn carrot, broccoli, bunga kobis, kacang buncis dan kentang, rebus kesemua bahan sedang-sedang sahaja, kecuali kentang, masak hingga empuk dalam air rebusan yang sama, hidang dan sedia dimakan dgn nasi atau roti









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

24-05-2009, Faa komen :

ok cuma daging batang pinang(loin meats) yg berkualiti seharusnya lembut dan tidak perlu di ketuk. ketuk(tenderizing) biasanya untuk bhgn/kualiti daging yg kasar seperti outside,knuckle dsbnya untk dijadikan fajita contohnya...


11-09-2009, myaida komen :

ya semua orang tahu daging batang pinang itu lembut kalau tdk pandai masak keras juga jadinya, saya cuma bagi tahu macam mana cara melembutkan daging selain dari daging batang pinang itu saya tidak lebih daripada itu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd