Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Maruku Mudah

 Submitted By On 12 May, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Anakku yg berpakaian ala Tarzan seronok bila dapat bergaya depan semangkuk maruku. Maruku ini sangat mudah disediakan dapat dari Musliha (seorang blogger) dan gabungan dari resipi Mesin Pasta

Ingredients
  • Sebungkus tepung maruku (yg saya guna malam ini jenama Gemini)
  • 380ml air atau santan
  • 1 sudu kecil jintan manis (malam ni saya abaikan bahan ini sebab dah kehabisan)
  • 1 sudu kecil lemuju
  • 1 sudu besar bijan
  • 1 sudu besar serbuk cili (ikut kesesuaian citarasa anda)
Instructions
  1. Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, jintan, lemuju, bijan dan serbuk cili ke dalam mesin pasta. **Garam tidak digunakan dalam resepi ini kerana tepung jenama Gemini ini telah ada campuran garam.

    RIMG2242.jpg
  2. Tekan butang ke mod menguli (Mix)

    RIMG2227.jpg
  3. Masukkan air/santan sedikit demi sedikit sampai habis. Tempoh diambil untuk menguli lebih kurang 5 min sahaja. Tidak perlu tunggu hingga menjadi seketul doh..memadai jika nampak campurannya sebati.

    RIMG2232.jpg
  4. Hentikan mesin pasta sebentar. Tukar ke mod untuk keluarkan doh melalui acuan maruku. Part ni kena tunggu depan mesin ni utk sambut dan bentukkan doh yang keluar dalam bentuk/saiz yang disukai.

    RIMG2238.jpg
  5. Begini la rupanya..maruku di tapak tangan!! Seronok tau..laju ja dia keluar..kena on dan off laa...kalau tak jadi panjanggggg....sedia untuk di goreng!

    RIMG2241.jpg
  6. Ini kalau dibiarkan panjang, kita tadah dengan pinggan atau tudung periuk...pusing2 la supaya bagi jadi lingkaran..:-)

    RIMG2233.jpg
  7. Goreng la hingga kekuningan... dan enjoy! ...selamat mencuba ya :-) Pasti seronok menyediakannya utk yg tersayang...lihatlah anakku itu yg begitu asyik menikmatinya...heheh eksyen jer lebih

    RIMG2247.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All