oleh: yani Raisin muffin

Dryfruitmuffin

Raisin muffin with coklat


Created on : 01-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10~11 biji )

  • 120g mentega- suhu bilik
  • 150g gula perang
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur- large size
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 120ml susu segar
  • 200g raisin/dried fruit
  • 90g coklat-potong kecil-kecil
  • *Bahan utk Crumble*
  • -14g almond powder
  • -25g tepung gandum
  • -25g mentega(cold butter)
  • -25g gula halus

Cara-cara

  1. Raisinmuffin
    Pukul mentega sehingga jadi bentuk cream.
  2. Raisinmuffin2
    Masukkan sedikit demi sedikit gula perang dan halus sambil dipukul. Pukul sehingga kembang.
  3. Raisinmuffin3
    Masukkan sedikit demi sedikit telur iaitu 1/3 dan pukul. Masukkan 1/3 lagi dan pukul. Buat sampai habis.
  4. Ayak tepung dengan baking powder
  5. Raisinmuffin4
    Masukkan 1/3 daripada tepung yang diayak tadi ke dalam no.3. Kacaukan.
  6. Raisinmuffin5
    Masukkan pula 1/2 drp susu segar ke dlm no.5 dan kacau dengan kaedah kaup balik supaya udara masuk ke dalam adunan.
  7. Ulang langkah 5&6 sehingga habis
  8. Raisinmuffin6
    Masukkan pula raisin dan coklat. Kacau biar rata. Kalau nak nampak cantik raisin tu bolehlah dicincang halus. Isi penuhkan bekas muffin dengan adunan tadi.
  9. Raisinmuffin7
    Sediakan crumble : Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul dengan tangan sehingga jadi macam serbuk roti.
  10. Raisinmuffin8
    Taburkan crumble ke atas muffin. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Turunkan suhu sehingga 170C. Bakar lagi sehingga 5~10 minit atau sehingga masak.

Tag

muffin




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

01-01-2007, skyblue komen :

eh... i pun buat muffin hari ni... tapi i buat lemon muffin lah. :D


01-01-2007, yani komen :

heheh samalah pulak... kalau dekat ni, hari ni kita boleh bertukar2 muffin ;) ... err mana resipinye?..


01-01-2007, sayang79 komen :

maaf boleh saya tahu crumble tu apa??n mcm mana nak uat>??


01-01-2007, yani komen :

sayang79 .. crumble tu macam dlm gambar cara2 no.9 . Masukkan almond powder, tepung gandum, mentega dan gula halus ke dlm mangkuk dan gaul biar jadi berketul-ketul.


01-01-2007, sayang79 komen :

terima kasih yani...maaf lah tak baca dengan teliti tadi..nw baru faham...


02-01-2007, Mat Gebu komen :

semalam (new year) mat buat muffin juga tapi biasa laa "muffin coklat yani" all time favourite tu........ heheheh.. yani nak tanya laa crumble tu kan kalau kita tabur memang nak penuh2 ke atas muffin baru nampak lawa......


02-01-2007, yani komen :

Mat.. yg nampak penuh tu adunan muffin. Crumble tu hanya dipermukaan je. Isi dulu adunan muffin penuh satu cup lepas tu baru tabur crumble kat atasnya.. Pinjam kata-kata mat, " baru nampak mewah" . heheh.. Kalau kita isi separuh ke or 2/3 penuh.. muffin tak nampak lawa... lain konsepnya dgn cupcake.


02-01-2007, skyblue komen :

Siapa lagi buat muffin pada 1 Jan?? :D Bagusnya kalau tinggal dekat2, dapat makan muffin macam2. I dah tampal resepi lemon muffin tu, boleh juga buat dgn oren dan masukkan poppy seed.


04-01-2007, acik_yarn komen :

i buat chocho peanut butter muffin.. kawan i order untuk majlis cukur jambul anak die... hmm sedapp.... kek all american choc pun i buat.. lazat hingga menjilat siku


04-04-2007, timahbella komen :

ehe..i baru nak cuba resepi-resepi muffin ni..maklumlah sebelum nih tangan keras..skang nih anak i tadika, then everyweek ada hari bersedekah..anak i lak demand nak kuih pelik2..so nak tak nak..maknye kena la cuba resepi2 nih..thanx yani..u dah kurangkan pening i..


06-11-2007, amy mieza komen :

kita baru beli oven..trus wat muffin k.yani..sedap sgt =] kita mmg suka mkn muffin pun..hmate puji sedap,mmbr kt opis pun kata sedap.. thanks k.yani.. nnt bleh wat lagik =]


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu