oleh: yani Souffle cheesecake

Soufflecheesecake

Souffle cheesecake with jam


Created on : 28-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20 biji(S size) )

  • *60g tepung gandum
  • *25g gula halus
  • 200ml susu segar
  • 60~80g cream cheese
  • 4 biji telur kuning
  • 80g mentega
  • 4 biji telur putih
  • 70g gula halus
  • jem aprikot dan blueberry secukupnya

Cara-cara

  1. Soufflecheesecake1
    Letakkan susu dan cream cheese yang dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Dengan api sederhana, panaskan susu sehingga mendidih. Kemudian padamkan api. Kacau sehingga cream cheese cair.
  2. Soufflecheesecake2
    Kemudian masukkan butter dan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
  3. Soufflecheesecake3
    Masukkan pula bahan (*) yang telah diayak. Kacau lagi.
  4. Sediakan meringue. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk. Pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Untuk cara lebih detail sila rujuk resipi meringue oleh nure.
  5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  6. Soufflecheesecake4
    Masukkan 1/3 daripada meringue tadi ke dalam (2). Penaikkan dengan balloon whisk atau hand mixer.
  7. Soufflecheesecake5
    Kemudian masukkan pula 1/3 meringue lagi. Kacau dengan kaedah kaup balik. Masukkan pula meringue yg selebihnya. Kacau lagi.
  8. Soufflecheesecake6
    Isikan adunan ke dalam muffin cup 1/2 penuh. Kemudian letakkan sedikit jem kat tengah. letak lagi adunan sehingga 80% penuh.
  9. Isikan oven plate dengan sedikit air suam. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15~20 minit. Turunkan suhu ke 140 degree. Bakar lagi selama 30 minit.
  10. Bila dah masak, bolehlah sapukan permukaan dgn jem aprikot untuk nampak berkilat.
  11. TIP: Boleh juga bakar dalam loyang 18cm. Tak perlu letak jem sebab nampak tak cantik bila dipotong. Rasanya tetap sedap walau tanpa jem.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

28-12-2006, rogayah bostamam komen :

yani muffin cup tu plastik ke nampak cantik x perlu di letak dlm acuan muffin lagi ke.......ada saiz ke muffin cup ni..saya budak baru belajar....malu juga


28-12-2006, yani komen :

rogayah.. acuan tu plastik dan tak perlu letak dlm acuan muffin lagi. Muffin cup yg saya guna tu yg paling kecil... saje guna yg kecil, nampak cute dan nak goda anak2 makan sebenarnya.. kalau buat saiz besar lambat sket budak2 ni nak makan :p


29-12-2006, ynf komen :

kalo guna cheese lain?


29-12-2006, skyblue komen :

saya suka buat manisan... tapi takde orang makan, cam ne??? Hari tu buat choc. cake, makan 1/4 aje. pastu buat yani punya pumpkin custard pun makan 1/2 je... bukan tak sedap, tapi memang tak gemar makan yg manis2. Nak try resipi ni tapi... siapa nak makan? geramnya...


29-12-2006, Lilydvalley komen :

Skyblue, saya pun suka mencuba...tapi makannya kureng sikit. So tiap kali i mencuba resipi, i akan bawa pegi ofc... bagi kawan2 kat ofc gemuk! hehehe Tak pun, bawa balik ke rumah mak.


31-12-2006, zara_klate komen :

sky.. u uatlah. pastu pass kat i, i leh tolong habiskn.. kalo u suka uat, i lak suka makan.. hee.


31-12-2006, skyblue komen :

Lily: dulu i kerja kat Uni bagus... ramai rakan kerja, i pun bawa yg manis2 tu gi office. Pastu... minta comment dari mereka pula :D zara: u pindah sini, bagus juga ada orang yg nak makan.


31-12-2006, zara_klate komen :

pindah sane? oiiii.. jauhnye.. =)


31-12-2006, yani komen :

@ ynf .. i pernah buat guna slice cheese tapi rasanya tak sesedap guna cream cheese.


08-08-2008, zza komen :

kak yani..kenapa ya..saya pukul putih telur + gula perang tak kembang2....lama pukul 40 minit..penat pukul..kenapa ya kakyani???? tolong ya kak yani...xpernah buat pukul telur smpi kembang ni..huhuhu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu