oleh: yani Roti cookie

Roticookie

roti yang tak abih boleh dijadikan cookie


Created on : 25-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 100g roti (plain bread)
  • 40g fresh milk
  • 25g telur (1/2 biji)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 40g dry fruit

Cara-cara

  1. Potong dadu roti kecil-kecil. Panaskan oven sehingga 180 degree.
  2. Masukkan fresh milk, telur dan tepung ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi.
  3. Masukkan roti dan dry fruit. Kacau serata. Kemudian buat bentuk bulat kecil-kecil.
  4. Bakar selama 15~20 minit.
  5. TIP: Kalau nak lagi rangup, roti tu hendaklah dikeringkan dulu dan hancurkan jadi macam bentuk breadcrumbs. Masa bakar pun kena pendekkan iaitu 12~13 minit.




Laporan Masakan Bergambar (7)

Roti_cookies
30-12-2006
tak nampak cantiklah yani bila umie bulat2 kan... so umi boh dlm bekas hehehehe... tak ada seni langsung :D
Laporan oleh: umi_e

kena kepal kemas2 umi_e..

06012007_005_
07-01-2007
kak zara cume letak raisin je. dry fruits tkdela. tapi pape pun, rasenye lemak dan sedap!
Laporan oleh: zara_klate

raisin pun sedap juga..

P6220428
22-06-2007
huk3 sy tukar gune strawberry chips..nyum2
Laporan oleh: wajihah.

jadi warna pink lagi tu.. :)

Copy_of_imgp3626
21-11-2007
i guna roti yg tak abis pastu letak cokelat chip jer sbb dry fruit tak dak laa.. tapi sedap jugak.. hee..
Laporan oleh: tuberose78
Picture_944df
22-07-2008
akak letak raisin n choc chip....tq yani..abis gak roti ku...hehe
Laporan oleh: junjs11
Bread_cookies
12-08-2008
senang dan sedap..sekali makaan tak leh nak stop.tq
Laporan oleh: mazurah
Ok
24-09-2008
idea yg best! anak2 pon suka...mekacih k.yani! kasi sprinkle colour rice! cantik! :)
Laporan oleh: hana6877

Komen (14)

25-12-2006, umi_e komen :

ermmm TQ yani sebab roti ada.. sebelum expired bolehlah dikerjakan... baru je tadi fikir2 nak buat apa dengan roti tu....


25-12-2006, yani komen :

welkam umi_e .. ;)


25-12-2006, oogy komen :

yani tak payah letak gula ke?? tak tawar ke tak letak gula??


25-12-2006, yani komen :

tak payah.. dry fruit tu dah manis.. kalau nak kurangkan dry fruit kenalah letak gula..


25-12-2006, ainunadnan komen :

insyallah kn cuba cuba la ank balik cuti


25-12-2006, haXira komen :

kak yani, roti cookie ni crispy ke mcm lembut2??


26-12-2006, Mat Gebu komen :

Leh try nie kebetulan lebih mix fruit buat kek kukus ari tu ada.... yani, hasil dia rangup diluar tapi lembut di dalam ke?


26-12-2006, yani komen :

haXira, yg saya buat tu rangup kat luar dan lembut kat dalam... kalau nak semua bahagian rangup kena ikut TIP yg saya bagi tu.


07-01-2007, Safiza komen :

nampak menarik juga,kita leh juga upgrade roti yg tak habis tu,tentu orang tak sangka itu roti yg tak habis.


12-01-2007, hzasabrina komen :

hi kak yani..kita dh wat mlm td..smbil2 masak for dinner buatla skali..simple sgt..ank pun suka..tp kita ganti ngn raisin cam kak zara..sedap tau...:)


02-08-2007, rosnani komen :

kak yani, pakai suhu berapa darjah celcius? pliss jawab, nak try buat ni..


02-08-2007, rosnani komen :

lepas tu susu 40 gram? kalo dlm liter banyak mane tu? ataupon dalam half cup ke camne?? mekasih


05-09-2007, IBUadam komen :

nampak sedaplah yani....balik nanti leh cube kasi adam mkn


05-02-2008, oshac81 komen :

boleh x fresh milk tuh diganti ngan low fat milk?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu