oleh: Mat Gebu Kek Kukus

Steam_fruit_cake

Sesuai untuk semua perayaan (terutama hari raya dan krismas)


Created on : 22-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

  • 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
  • 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
  • 3 biji telur Gred A
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bikarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
  • 150 g gula perang (gula halus pun ok)
  • 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
  • 1 biji pala, diparut
  • 30 g badam keping
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_032
    Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
  2. Cake_and_muffin_031
    Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
  3. Cake_and_muffin_033
    Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
  4. Cake_and_muffin_034
    Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
  5. Cake_and_muffin_035
    Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
  6. Cake_and_muffin_036
    Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
  7. Cake_and_muffin_030
    Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
  8. Cake_and_muffin_037
    Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)
  9. Cake_and_muffin_038
    Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
  10. Cake_and_muffin
    Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
  11. Cake_and_muffin_039
    UNTUK PANDUAN:- Beginlah rupa "biji pala". Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yg masib berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yg telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus.

Tag

kek kukus




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1864
05-09-2007
dah cuba..emmmm best! thks yer En.Mat
Laporan oleh: checkmate

Komen (20)

22-12-2006, umi_e komen :

ermmm bestnya! baru je nak buat apple pie cik mat tau... semalam dah buat inti tapi masa masak gula tu jadi cam gula tarik :(( wawawawawa panic jap! hehehehe nasib baik dapat modify... simpan fillings kasi sejuk dulu... petang2 nanti baru nak wat pastry... dah wat nanti umie tempek gambo...


22-12-2006, yansani komen :

biji pala tu yg guna dalam masakan kari kan?


22-12-2006, Mat Gebu komen :

Mat pun tak pasti yan, mungkin biji pala dah disatukan dalam rempah kari serbuk. Yang mat tau ada yg campur dalam minyakl angin, sebab bau dia kan segar dan harum...


23-12-2006, joayee komen :

mat: gula hangus tu di tuang dalam cake mixture masa masih panas ker? cake mixture tak berketul2 ker? i pernah gak buat gula hangus, 4 cake span gula hangus, tp i masukkan air, then tunggu sejuk..nak try your recipe ni..!!


23-12-2006, Mat Gebu komen :

Untuk pengetahuan joayee, cara membuatnya memang macam tu. kena tuang gula hangus panas dalam adunan kek dan digaul pantas hingga rata dan sebati. Tapi seelok2nya ada seorg yg membantu. Sorang kacau dan sorang tuang gula hangus. Tapi AWAS kena berhati2 dan cermat. Kalau ada mesin kek lagi elok (kalau boleh gunakan mangkuk stainless steel atau yg tahan panas). Pasal gula hangus yg joay buat kek span tu berbeza dgn yg ini. Lagi satu kalau guna mesin, bubuh speed sederhana atau perlahan utk mengelakkan gula hangus terpercik.....


23-12-2006, Lilydvalley komen :

Wah Che Mat, i baru terpikir2 nak buat kek buah kukus utk raya haji ni. Resepi i biasa i guna tu adunannya banyak, 600gm tepung. Che Mat punya ni kira 1/2 portion. Nak try la. Biasanya i buat sorang aje, (assistant i kecik lagi, tak leh harap), mmg agak kelam kabut bila part masukkan gula hangus. Dan i tak pernah guna mixer, pukul tgn aje. Kali ni nak cuba guna mixer la.


12-01-2007, inaz komen :

syabas mat....detail...confirm nk buat.. mmg MYRESEPI nie... lagi bagui resepinya dari buku... tapi nk buat gula hangus tu fail ler...selalu xjadi...


07-03-2007, ikin scha komen :

ikin mmg buat gna golden churn sblum ni..dah siap,kek jd moist jerk..leh tahan lama..tp x sempat nak kulat dah abes..kekekke!


07-03-2007, Mat Gebu komen :

Kalau kita tanya org2 terdahulu yg buat kek kukus nie (dari M'sia dan S'pore) mereka semua guna butter cap tong, kira memang bhn penting tu. Kalau dgn butter lain ok juga tapi rasa dia lain skit (bagi yg biasa makan pasti leh bezakan).


27-04-2007, Safiza komen :

Mat,adik saya dah buat kek ini.sedap.kek tak hancur bila di potong spt kek buah yg lain,pas tu buah tak rasa masam spt kek buah yg lain.kek ni susah sikit time nak bubuh gula hangus tu.apa2 pun hasilnya membanggakan.wa caya lu mat.


27-04-2007, Mat Gebu komen :

terima kasih mat pada safiza dan adik u kerana sudi mencuba.....memang mat akui cerewet skit tapi hasilnya insya allah berbaloi.....kalau nak hasil kan saiz yg agak besar skit, selain doublekan resipi mat nie. safiza boleh juga rujuk resipi dari "Diana".....terpulang lah nak buat yg mana ye....


11-05-2007, ikin scha komen :

Saya dah cuba memang best ,nak cantik masukkan sedikit halwa kundur di racik halus2,kemudian masukkan 1 1/2 sudu makan orange sunquick.Untuk mudahkan kita masukkan gula hangus adunan tadi kita kuak ketepi ,buat lubang macam basin kemudian kita tuangkan gula hangus tersebut,tak payah guna pembantu....Selamat mencuba


04-06-2007, suria_h komen :

Mat, nak tanya sikit, resepi ni gula hangusnya tak payah guna air ke?


08-07-2007, Mat Gebu komen :

Tak payah guna air...cuma gula semata2...


05-09-2007, fezah komen :

kek kukus nie mak mentua sy selalu buat setiap hari raya sy dah ambil resepi nie dari dia resepinya lebih kurang sama dgn resepi mat jugak cuma dia tak taruk biji pala ngan badam tapi taruk kismis karen dan halwa kundur, cuma sy yg tak penah buat sbb manis sikit, lagipun dia dah selalu buat..... sy buat kek lain la pulak.... mat kan banyak resepi kek-kek nie... betul tak ?


25-09-2007, NanaSham komen :

mat nana nak tanya sikit. Masa nak masukkan kedalam kukusan adunan tadi api nya nak dibesarkan atau biarkan sahaja sama semasa airnya mendidih tak di ubah?


25-09-2007, NanaSham komen :

ops.....lupa satu lagi. 1biji buah pala yg diparut itu digunakan kesemuanya atau sedikit sahaja? Ada org kata kek ini akan rasa pahit nanti kalau banyak sangat ianya ditaruk betul ke? Essen vanilla mat tak pakai ya?


29-11-2007, sarahcamelia komen :

kek ni dah lama saya tak rasa. ..dulu my mom selau buat tapi now dia dah tak rajin...so maybe i kena try buat sebab my mom mmg suka kek ni. mslhnye ialah masanya lama sgt..


04-04-2008, dirahgirl komen :

selalunya i buat kek kukus buahnya mendak tapi dgn resipi you i gembira sekali kek i menjadi.terima kasih mat gebu.hubby i suka bangat sebab ni kek favourite dia


23-06-2008, gina komen :

gula hangus tu nak masukkan dalam adunan masa panas2 ke atau kena sejukkan dulu?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu