oleh: choppy Nasi tomato

Nasi-tomato

nasi tomato


Created on : 02-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Tag

nasi tomato




Laporan Masakan Bergambar (4)

Nasi_tomato
26-12-2006
menu hari ini...
Laporan oleh: umi_e
Picture_1040
08-03-2007
dinner semlm..very ez..mkn ngan ayam madu n daging kurma..
Laporan oleh: junjs11
100_0823
02-09-2007
first time buat nasi tomato..mudah jeh. TQ for the recipe.
Laporan oleh: beancurd
Photo-0011n
12-06-2008
lunch ari ni..
Laporan oleh: hana6877

Komen (18)

14-07-2006, catharsis komen :

Nak tanya skit...bila da gaul beras tu ngan sos tomato, tomato, susu, air. daun pandan dan garam, pas tu masokkan beras yg da digaul tuh dalam periuk nasi n masak mcm biasa eh? tk payah letak air ker? (start2 nk blajar masak ler) Harap maklum hehehe....


14-07-2006, choppy komen :

kan dalam resepi tu dah kata masukkan air.. try baca balik resepi tu betul2.. SELAMAT BELAJAR MEMASAK Catharsis... ;)


02-09-2006, mariam komen :

tak payah masuk serai ke


04-09-2006, choopy komen :

mariam.. ada sesetengah resepi letak serai.. tapi saya tak letak sebab tak suka..


15-09-2006, lieyn komen :

hi, nak tanya sikit. tomato tu tak buang kulit ke? nak guna susu cair ke susu pekat manis? resepi tu untuk 4 org. kalau utk ramai org mcm mana? sebab saya ingat nak masak masa raya nanti.


15-09-2006, choopy komen :

lieyn.. tomato tu kalo nak buang kulit pun takpe.. saya ni malas sket.. Pasal susu tu.. gunalah susu cair.. kalau nak buat ramai boleh doublelah resepi ni.. atau tambahlah ikut bilangan tetamu..


26-09-2006, zizie komen :

kalu guna tomato puree camne? ke x payah?


05-10-2006, tini komen :

try buat ari nie tuk dinerr.x try lg tunggu hubby blk kije.guna apa yg ada jerr.. rasa ok gak yg penting kena kretip :D


12-10-2006, vivie komen :

sorry..vv nak tny sket..choppy,selepas menumis bahan,bahan tumisan tu kena letak kat mana?gunanya apa?beras tu pula di masukkan kat mana ar?confuse sket.. :(


14-10-2006, nurleen komen :

kita tolong jawab ye choppy..lepas menumis masukkan la beras..tak yah ubah periuk atau keluarkan bahan yg telah ditumis tu & follow step yg choppy bagi tu..selamat mencuba vv!


14-10-2006, choppy komen :

a'ah.. betul lah apa yg nurleen tu cakap vv.. kalau masa menumis tu tak pakai periuk nasi.. pakai fry pan ke.. lepas gaul beras dlm bahan tumis kacau dalm 1-2 minit.. then masuklah beras yg dah digaul tadi, sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam ke dalam periuk nasi .. masaklah seperti masak nasi biasa.


23-10-2006, vivie komen :

thanks..baru vv fhm ;)..


08-11-2006, norhasimah komen :

Choppy,nak tanya sikit, saya ahli baru daftar,sukatan air macam masak nasi putih atau lebih/kurang.. dgn brasmati nie....(maklumlah beras tak sama ada kena lebih air ada yg kena kurang air)


20-12-2006, winter2 komen :

sape tahu buat sambal nasi lemak yang paling best......nanti e-mail saya kar_winter2@yahoo.com.tq


24-10-2007, izzati komen :

choppy, nak tanya sikit.Nasi tomato ni makan dgn apa yer sedap selain ayam masak merah.Ingat nak masak untuk member yg nak dtg beraya kat umah.....


20-06-2008, azareena komen :

baru je siap masak nasi tomato & ayam masak merah resipi choppy. mmg yummy, hilang sikit rindu nak makan nasi tomato. first time masak nasi tomato sendiri ni, selalu beli je kat pasar malam. hehe. thanks ye choppy. :-)


27-06-2008, Jeffry Mama komen :

Buah pelaga tu nak kena pecahkan ke?pastu isi dalam dia nak kena bagi lumat ke?.........thanx ye ....


28-06-2008, hana6877 komen :

i tlg jwbkan....tk yah pecahkan jeffry mama. biar jek sebiji masuk dlm periuk tuh.nnti dgn sendrinya ia akan pecah..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu