Google+

oleh: shen Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)

Tongyuan

Manisan ini biasa dimakan oleh masyarakat cina khasnya pada musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Rupanya seperti onde2 tapi tak menggunakan kelapa parut. Ianya dimakan dengan syrup gula.


Created on : 06-03-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shen




Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 300g Tepung pulut
  • 1/2 cup air panas
  • 1 cup air suhu bilik
  • Inti - ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.
  • Untuk air syrup: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.

Cara-cara

  1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
  2. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.
  3. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah, dan pandan kaya.
  4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
  5. Untuk air syrup. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka. Saya suka syrup yg manis.. Hidang bebola bersama dengan air syrup yg telah sejuk. Lepastu silakan lah glurrrp...

Tag

dessert








Laporan Masakan Bergambar (3)

Tangyuansplit
06-03-2009
Inti kacang merah dan pandan kaya paste.
Laporan oleh: shen
Dscn2732
15-04-2009
Thanks shen..so yummy~!;p sy dah try uat ptg tadi..mmg besh makan sejuk2 gitu..Tapi i campur gula pasir+gula merah..tu jadi camtu kuahnyer..
Laporan oleh: Ekieyna

Air gula tu memang ikut kegemaran masing2. Bubuh je apa yg ada kat dapur :) Tq ekieya krane mencuba dessert yg sedap nie..

Fp1
10-08-2009
Dessert ni memang sempoi dan sedap! Suami saya suka makan tang yuan ni.. terima kasih Shen!
Laporan oleh: Lynn Sham

Lawa lah tang yuan yg Lynn buat tu. Sangat colourful.. TQ krane mencuba.


Komen (4)

06-03-2009, aludra komen :

menariknya... boleh cuba nih..


09-03-2009, sarahcun komen :

looks nice..wanted to try lo


10-03-2009, shen komen :

Try jgn tak try. Dah try jgn lupa letak gambar.. :)


18-10-2009, eqyin komen :

sedappppppppppppp i like tp i ubah sikit pakai susu ngan gila merah


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu