oleh: Mat Gebu Kek pisang bersos oren

Cake_and_muffin_028

Fusion Recipe


Created on : 20-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Potong kecil2, boleh makan ramai... )

  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bikarbonat*(*digaul rata dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 225 g pisang, dilecek
  • 160 g gula pasir
  • 15 g ovallate
  • 225 g minyak jagung atau canola oil
  • Secubit garam
  • 50 g walnut, dicincang kasar (jika suka)
  • UNTUK SOS OREN:-
  • 150 g white cooking chocolate
  • 1 biji oren sunkist, parut kulitnya dan ambil jus
  • 1/2 camca teh shortening (lemak sayur)
  • UNTUK HIASAN:-
  • 8 biji walnut, dipanggang sebentar dan celup dalam coklat cair. Sejukkan atas kertas minyak.
  • 8 keping potongan pisang, rendam dalam jus oren sejurus dipotong

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_019
    Antara bahan2 untuk kek pisang.
  2. Cake_and_muffin_025
    Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovallate dan terus memukul hingga gula hancur dan adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu)
  3. Cake_and_muffin_026
    Dengan speed perlahan, masukkan pisang lecek dan secubit garam. Gaul hingga sekata.
  4. Cake_and_muffin_023
    Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga sebati
  5. Cake_and_muffin_027
    Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak canola ke dalam adunan kek. Gaul hingga rata.
  6. Cake_and_muffin_021
    Dengan menggunakan spatula, gaul cincangan kacang walnut hingga rata. Ini terpulang pada individu jika suka letak dan jika tak suka tak payah letak.
  7. Cake_and_muffin_024
    Lenser acuan kek yg berlubang di tengah berukuran 11 inci dgn mentega atau marjerin. Jika menggunakan tin kek ( 9 x 9 x 3 ) inci, alas dasarnya dgn kertas minyak.
  8. Cake_and_muffin_020
    Kemudian boleh lah dituang adunan kek pisang tadi. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit, kepanasan bergantung pada oven masing2. Uji kek dgn cara mencucuk lidi sate di bhg tgh kek jika keluar bersih. ok kek dah masak dan lagi satu perhatikan tepi kek jika agak mengecut sedikit itu pun tanda dah masak juga. sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan. Hias dgn sos oren dan walnut serta hirisan pisang
  9. UNTUK SOS OREN:- Patah2kan whitecooking chocolate ke dalam mangkuk tahan panas. Masukkan juga parutan kulit oren dan jusnya. Tenggekkan mangkuk tadi atas air mendidih (kaedah double boiler) dan kacau hingga coklat cair dan sebati dgn jus oren. Kemudian masukkan lemak sayur dan kacau hingga larut. Sejukkan sos hingga manjadi pekat dan boleh lah dituang atas kek (Maaf, mat punya tadi sebab tak sabar tu pasal tak nampak sgt sos dia, kalau sejuk skit jadi kaler putih krim).
  10. Cake_and_muffin_022
    Untuk panduan:- Inilah rupa "OVALLATE". Seakan2 mentega tapi bewarna oren dan sedikit jernih.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (21)

20-12-2006, umi_e komen :

ermmm cantiknya kek pisang cik mat... camna tak kasi melekat bila guna acuan berlubang tengah tu ya? Ada tapi bila guna suka melekat :(


20-12-2006, Mat Gebu komen :

umie, mat belum sempat habis tulis tgk2 dan ada komentar terkejut. hehehehe. ma kasih.... Kalau mat lah umie selalunya letak butter atau marjerin lebih skit terutama jika acuna kita tu ada pattern tertentu pasa dasarnya. Boleh juga tabur sedikit tepung. Tapi umie kadang2 lekat juga... nasib2.


20-12-2006, admin komen :

Mat, biasanya untuk kek org letak saiz loyang. Tujuannya senang utk orang lain nak buat. Kalau tengok gambar saja.. tak boleh nak agak saiznya.. Lagi satu mat, gambar ovallate tu, mat letaklah dulu kat bahagian bawah cara-cara tu sementara sistem untuk glosari siap. Cthnya boleh rujuk kat http://www.myresipi.com/top/detail/346. <br/><br/>Utk pengetahuan mat dan semua, saya sekarang dalam proses siapkan sistem utk glosari iaitu tempat utk letak gambar semua bahan-bahan sebagai rujukan.


20-12-2006, Mat Gebu komen :

terima kasih admin. Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan..... hehehehe....:-)


20-12-2006, umi_e komen :

cik mat... apa lak baru belajar:P dah ajar orang pun tu:P hehehehe


20-12-2006, umi_e komen :

eloklah tuan admin buat glosari sebab ada masa tak dapat nak bayangkan bendanya camna... cam contohnya cikmat guna glesrin tu... tak tau rupanya.... nanti tempek eekk cik mat rupa benda Allah tu nak tengok...


20-12-2006, Mat Gebu komen :

hehe... umie kita manusia nie setiap hari belaja kan, lagi pun mat nie bukan pandai masak sgt, saja je nak test skill, kalau jadi tu ok lah, kalau tak jadi hmm tak pe ayam kampung ada. hehehehe. Utk bhn2 baking memang mat stand by... senang nak buat R & D... Oh ye pasal gliserin tu sure mat letak kalau admin dah siapkan kamar beradu dia.........


21-12-2006, Lilydvalley komen :

Mat Gebu... kalo tgk ur peralatan dapur... kagum I. U ni chef ke? Tgkla mixer dia! mak datuk! bestnya kalo i ada mixer mcm tu!


21-12-2006, Mat Gebu komen :

hi lily... chef? hmm tak lah chef kat dapur sendiri je. Bukan apa lily mat pun dulu guna hand mixer juga tapi macam terpanggil nak beli stand mixer, bila kita ada keinginan tu mula lah menabung. Benda yg kita beli dari hasil titik peluk sendiri nie lagi bernilai dan dihargai yelah susahkan nak kumpul duit beli.. tapi pada mat tak membazir sebab byk gunanya.. itu terpulang pada persepsi masing2.


21-12-2006, Lilydvalley komen :

I pun ada stand mixer juga, tapi yg biasa2la... Wah! u ni mesti minat buat cake ya... yela... u kan ngaku lelaki, tak ramai lelaki yg sanggup simpan duit utk beli mixer. Lelaki lain simpan duit utk beli other gadget. Masih kagum ni!


21-12-2006, Mat Gebu komen :

heheh jgn leer kagum sgt.. segan kang terus bentan kek mat dah tak jadi gebu...


21-12-2006, Lilydvalley komen :

Mat, tak pe kek tak gebu pun... sebab tkg buatnya dah Gebu. kekeke. Jgn mara Mat ye... gurau aje. Tapikan Mat... nak tanyala, mixer u tu jenis apa ya? Berapa reganya ya? sajela nak tau. I tgk mixer jenis2 mcm ni mencecah RM2K-3K. Hmmm... setakat ni i tak simpan mimpi nak beli lagila, sebab buat kek pun yg simple2 aje.


21-12-2006, Mat Gebu komen :

hi llily. alah mat jenis tahan bergura. tak de halnya lah. Pasal mixer tu jenama "Kitchen Aid". kalau lily perasan selalu keluar kat tv kalau rancangan buat biskut raya dulu. 4 tahun dulu lah mat beli sekitar RM1799. Sekarang nie tak tau lah berapa pulak harganya. Yang best tu lily ada kaler macam2 itu yg tak tahan tu, lawa sgt..... hehehehe......


21-12-2006, Lilydvalley komen :

Dah 4 tahun Mat guna mixer ni? Sure dah banyak project yg Mat dah buat. Ish! segan la pulak kat Mat ni. Mat tepekla resipi banyak2 kat sini ya... ambik gambar cantik2.


21-12-2006, umi_e komen :

lily... sapa2 tengok kitchen aid cam barang memang tergoda sebab warna dia memang cantik! umie pun sempat jatuh cinta TAPI last2 'pinang' Kenwood hehehe Tapi memang berbaloi kita beli benda camni sebab semangat nak memasak sentiasa ada... kan cik mat...


21-12-2006, Mat Gebu komen :

setuju dgn umie eh tak sangka pulak ruang resipi leh selit kan cerita2 perihal brg2 dapur kan heheheh.......anyway biar cerita pasal benda2 cantik dari cerita hal org tul tak umie...


21-12-2006, umi_e komen :

a'a lah cik mat... kalau ada ruangan chat lagi best kan... senang nak bincang2 tentang hal memasak dan peralatan dapur... nak juga tukar2 pengetahuan dan pengalaman... kan cik mat... kan... :D


22-12-2006, Lilydvalley komen :

Ish! ish! umi pun ada mixer yg best la ya... i ajela yg dok pakai mixer biasa2. Itu pun hadiah masa kahwin! hahaha. sekarang ni tak leh masak lebih2 la umi. takde sapa nak makan. Anak i baru 2 thn. Perut i size s. Mkn sikit dah full.


22-12-2006, yansani komen :

yuhuu.. chef Mat, pisang apa paling sesuai untuk dapatkan kek yg sodappp...he..he..


24-12-2006, Mat Gebu komen :

Pisang montel, boleh. Pisang embun, boleh. Pisang emas pun bolehhhh. Mat guna pisang emas sebab itu je yg ada kat kebun....


27-03-2008, shaaz komen :

askum mat gebu.saya budak baru nak belajar. ble x awak tlong email kan resipi awak kepada saya. resipi yang lama2 . sha_az87@yahoo.com


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu