oleh: mutiarazura Spaghetti Bolognese

P1010003

Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab authentic rasanya!


Created on : 20-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!




Laporan Masakan Bergambar (8)

Picture_586
09-01-2007
wat for lunch today..cuma cheese x d nak tabur, anyway..sedap. tq
Laporan oleh: junjs11

Thank u 4 trying d recipe:-)

Dsc00956
03-05-2007
dh try.. memang sedap... semua suka...
Laporan oleh: nieta399

mmm....dapnya nampak!

Dsc00731
05-05-2007
yuMmYyyyYYYyyYyyyyyYY!!!!!!!
Laporan oleh: damnmachine

clap clap clap! :-D

Img_1913
05-05-2007
Lagi sedap buat sendiri... :) mmg sedappp...terima kasih..
Laporan oleh: Natto

mekasih try resipi ni :-)

Image956
21-05-2007
Hasil dari saya ;)
Laporan oleh: dy_addis

nice...tenkyu 4 trying!

Img_0008
09-10-2007
Ni yang kak masak utk sahur minggu lepas. U/suai sb takde susu, karot dan oregano. Tapi sedap jugak... t.ksh
Laporan oleh: hanniaziz
Pc030142
06-12-2007
sedap.. tapi terasa air ckit2.. kesilapan teknikal. hehhe..
Laporan oleh: adiezx
Photo-0213
08-06-2008
my family peberet!
Laporan oleh: hana6877

Komen (24)

20-12-2006, junjs11 komen :

selalu buat x d isi susu..ni, susu segar k susu cair tu mutiarazura?


21-12-2006, Lilydvalley komen :

Kenapa kena guna periuk yang tinggi dan dalam, mutiara? periuk biasa2 tak boleh ke, asal boleh muat 2 tin air? Saya tak de periuk tinggi dan dalam tu...


21-12-2006, mutiarazura komen :

junjs11, bila taruk susu ni sos bolognese akan kurang sikit masamnya dan lemak manis, I ikut Italian traditional recipe, susu tu akan keluar balik dari daging lepas masuk air, mmng sedap. Dua2 jenis susu boleh pakai. Lily, takpe asal periuk tu boleh muat kuah dan tak spillover bila mendidih :-)


23-01-2007, norfazilah komen :

nak trylah weekend nih...


04-02-2007, mamatasya komen :

SEDAP SGT....baru 1st try terus menjadi....MARVELLOUS....its simple. actually suami saya x suka sgt italian food ni, tp disbbkan saya suka mencuba n i love italian food... dia pun turut suka.... tq mutiarazura!!!!


05-02-2007, mutiarazura komen :

Tahniah mamatasya! Tapi naper tak tempek gambar? Teringin nak tengok hasilnya :-)


05-05-2007, Natto komen :

Lunch utk my kids td, mmg feveret dia org, kira kali keberapa ye buat ni tp kali ni yg menjadi betul rasanyer cuma tgh mabuk skrg ni jdnyer kuah yg lebih tu buat topping utk pizza.. Tq utk resepi ni mmg besttt.....


09-05-2007, mutiarazura komen :

Thank you kerana mencuba natto! Anak I kalau buat ni memang tak pandang belakang makan hehe...


30-07-2007, rosnani komen :

i dah banyak kali masak..tapi asik lupe nak tempek gambar kat sini..memang sedap sos bolognese ni..kalo ade bake meatball lagi sedap.


07-08-2007, dilla1516 komen :

nak try buatlah... dila ni mmg suka italian food... dulu asik makan kat ikea jer... suka meetball dia.. memang kaw... ada sesapa reti buat tak nak belajar buat hat tuh plak... sedapnyer... xsabar nak masak balik ni...


17-08-2007, skyati komen :

letak susu ker????? 1st time tau.. :D


27-08-2007, reezwan1710 komen :

Hi There.. sibuk mencari2 resipi bolognese di kala merdeka ni... Akhirnya dapat jugak erk yang sedap.. Owh rupe nye kene renih kurang2 2 jam. Erk nak tanye jugak memang wajib ke letak tomato segar? Kalau tak letak ade perubahan rase ker?? sebab cari yang omputeh buat.. tak de yang letak tomato puree.. Neway.. Makasih ya.


01-09-2007, mutiarazura komen :

reezwan, omputeh selalunya guna tomato dalam tin (bukan tomato puree tapi whole Italian tomatoes yang ditinkan). Kat Malaysia ni tomato dalam tin tu susah nak cari kalau ada pun agak mahal sebab kena pakai banyak. Jadi nak senang I guna tomato segar campur tomato puri supaya kuah bolognese tetap pekat :-)


27-09-2007, geezxst komen :

Salam.. saya orang baru kat cni. Nak try buat resepi ni la tp saya suka mkn spaghetti marinara (btul ke ejaan? ;-p). Ade sapa2 tau buat x?


29-09-2007, honeyberry komen :

assalamualaikum... i pun orang baru gak geezxst... emmm..mutiarazura, nak tanya... selama ni i masak spaghetti guna sos pasta yang banyak jual kat kedai tu... teringin plak nak rasa spaghetti yang guna resepi you ni... actually, rasa dia sama ker nanti?


29-09-2007, honeyberry komen :

nak masak waktu berbuka nanti...


29-09-2007, mutiarazura komen :

honey, bg i sos pasta yg jual tu rasa dia x lengkap, terlebih masam. resepi ni akan hasilkan rasa yg lebih balance, masam-manis-masinnya. Cubalah! Nanti leh laporkan menjadi or not ya? :-)


20-11-2007, saadah komen :

assalam..ni bru first time masak...mcamana nak buat stok? dlm bentuk kiub?ada jualka?


21-11-2007, mutiarazura komen :

saadah, stok yang i guna dalam resepi ni ialah kiub lembu brand Knorr, ada jual kat bahagian yang jual kiub ayam, kiub ikan bilis, either brand Maggi atau Knorr. nak wat sendiri pun boleh, tapi amik masa...


08-12-2007, kimie komen :

looks nice wait ill u see mine joke i am new here


17-12-2007, ajnie_2805 komen :

br buat smlm, suami kata sedap tp kuah dia agak kering kenapa ek??????? sy ni br belajar memasak


24-03-2008, fiqa_makan komen :

thank u very much mutiarazura.. i dah try 2x its taste very2 delicious! i gantikan tomato puri dengan sos cendawan,so tak la masam sgt..coz my family tak suka masam-masam.. everyone in my family love it!! thank u very much,bile senang i attch pic sekali ok.. ;)


30-05-2008, ilajza komen :

nk tnya susu tu susu apa & daging tu yg ramly burger ke ? Oregano tu nk beli kt mnr


03-06-2008, aych2007 komen :

guna susu cair , susu pekat atau susu segar


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu