oleh: skyblue Protuguese Egg Tart

Eggtart3

Egg tart yg dibuat dgn puff pastry. Takde whipping cream, permukaan tart tu tak jadi hanggus sikit yg sepatutnya. Nanti buat lagi dgn whipping cream akan tukar gambar ni.


Created on : 20-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara-cara

  1. Panaskan oven, 200ÂșC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

Tag

tart tat




Laporan Masakan Bergambar (5)

Et___bp_016
21-01-2007
Saya sudah mencuba Portuguese Egg Tarts nie. Cuma kelainan nya saya gunakan prata puff instead of puff pastry ..:-)
Laporan oleh: m3rni3

Jadi juga prata egg tart... :d

Eggtart
01-02-2007
egg tart dgn bentuk sesuker hati.. pasnih tak yah laa bli kat king's lagik leh buat sndri dah nih.. 10Q skyblue (v.v)
Laporan oleh: lindw

u r welcome lindw

Img_0016
09-02-2007
tq skyblue and m3rni3 for the tips..i takde puff pastry and i gune prata gak ala2 m3rni3..sedap sangat.tapi next time i buat nk kurangkan gula cuz its too sweet for me.:)
Laporan oleh: farrasweetie

farrasweetie, tart u nampak cantik sbb ada col. perang kat permukaan custard... betul2 protuguese tart! I think prata rasa lebih manis berbanding dgn puff pastry, so klu nak buat dgn prata agaknya kena kurangkan gula.

Portugese_tart
25-01-2008
Ha...ini lah dia hasil pertama p.tart mama. Hmmm...so far hubby kata hmm sedapnya! Memang selalu gi JB beli. Tapi skrg tak payah lagi. Thks ya sky blue...
Laporan oleh: Mama chombi
Imgp4833
13-04-2008
my portugese egg tart... yummy!!
Laporan oleh: tuberose78

Komen (20)

16-01-2007, ctjuliez komen :

nak tanya skit..puff pastry tu mcne rupa nye? dlm kotak ke..kotak kaler ape?


16-01-2007, admin komen :

ctjuliez.. kalau nak tahu macam mana rupa puff pastry boleh klik kat perkataan puff pustry di bahagian bahan2 di atas atau boleh rujuk di glossary.


21-01-2007, ctjuliez komen :

i bru jer mkn egg tart ni.sedap!! cuma i buat mini.sesuai 4 my infants!


22-01-2007, skyblue komen :

ctjuliez, i pun buat mini puff ni... tapi i tak makan lah... untuk tunang i... dia suka egg tart. dia kata mini punya lagi sedap... sebab lebih ranggup dan kurang telur... tak muak.


25-01-2007, m3rni3 komen :

yep yep jadi jugak .. nak kena cepat .. bila prata dah lembik tu yang buat susah nak handle .. next time insyaAllah i try using puff pastry .. :-)


09-02-2007, shyeye komen :

mana nak dpt whipping cream? ada x jual yg dah siap?


09-02-2007, skyblue komen :

shyeye, i baru tambah link utk whipping cream kat glossary. Ada gambar kat sana.


09-02-2007, Lilydvalley komen :

shyeye, u kat mana? kalo kat m'sia kat mana2 supermarket besar ada jual whipping cream. cari kat bahagian dairy product mcm butter, yogurt, etc.


09-02-2007, shyeye komen :

ok thks sbb reply skyblue. lilydvalley...i kat s.alam,nnt try cari kat tesco.


14-08-2007, mishah63 komen :

skyblue, I dah lamanak cuba buat sediri tat ni, selalu beli di Jusco aje,bhg bakery tu. Bahan tak jadi masalah, cuma nak buat tu , I tak berapa faham , potong bulat anggaran besar mana ye? lepas tu masuk dalam acuan muffin tu,ada jual kat mana ye? bentuk nya camna?


12-09-2007, MyGirl komen :

Skyblue, thanks bagi resipi ni... I dah cuba buat semalam, tapi guna pratha.... My hubby suka sangat...thanks again....


12-09-2007, skyblue komen :

mishah63, sorry... baru perasan ada komen kat sini. potong pastry tu ikut saiz acuan muffin. klu guna acuan besar, potong besar sikit... sy guna standard saiz muffin pan, jadi dpt 6 keping bentuk bulat dari 1 keping puff pastry. kat sini ada gambar muffin tin >> http://www.flickr.com/photos/holiday_jenny/447901842/


12-09-2007, skyblue komen :

MyGirl, yrw... hubby suka boleh buat lagi. ^_^


02-11-2007, farahana01 komen :

nak tanya camna rupa Puff Pastry tu??? dan ada sesetengah komen di atas mereka guna prata.... apa itu prata???? tolong skyblue bagitau sikit.....


02-11-2007, mrsdayat komen :

farahana..cek kat glosari..rasenye ade ltk gambar kat situ...=) menda tu bule carik kat bhgn sejuk kat supermarket. ala..kat tmpt kulit popia sume tu...


07-11-2007, ishikawa_ayumi komen :

ur PET in da making.. ngeh3.. sabar menanti.. :p


18-11-2007, shaisari komen :

ada beli puff pastry tapi saiz ia kecil ada 10 keping jenama kawan boleh ke guna utk tart ni?


19-11-2007, skyblue komen :

boleh.. klu pastry tu kecil sgt, maybe u perlu 2-3 keping.


20-11-2007, salura komen :

salam skyblue.... macam sedap je resipi ni, lain kali boleh try... thanx 4 this resipi... dan lagi satu, i nak mintak izin dari u... boleh tak i share this resipi kat my forum...? thanx again...


28-02-2008, fiqa_makan komen :

i nak try lah resipi ni..betul ke manis sangat,i nak cuba kurangkan gula sikit..hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu