oleh: mutiarazura Pesto Asiana

P1170004

Lagi Italian resipi yang diubahsuai guna Asian herbs…


Created on : 18-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Sos Pesto :
  • Daun ketumbar – anggaran RM2-RM3 (a bunch)
  • 3 – 4 ulas bawang putih
  • 100-200g kacang gajus (cashew nuts) – panggang (toast) keperangan
  • 1 cawan minyak zaitun atau lebih
  • 1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu liquid chicken stock) - optional
  • Sedikit parutan keju parmesan – optional
  • Pasta pilihan direbus mengikut packet instructions (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau penne)

Cara-cara

  1. Buat sos dulu : Dengan menggunakan food processor atau blender, kisar daun ketumbar, kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka). Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos. Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau pekat.
  2. P1170008
    Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk up to seminggu.
  3. Untuk menghidang : Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang. Campurkan 2 sudu besar sos pesto -kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)
  4. Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan (jika suka). Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!
  5. NOTA 1 : Resipi Italian asal guna fresh basil dan pine nuts. Jika anda ada bahan-bahan tu boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja
  6. NOTA 2 : Sos memang kaler hijau, tapi rasanya sedap. Perfect untuk anda yang inginkan kelainan!




Laporan Masakan Bergambar (1)

Sphagetti
22-12-2006
i guna fresh basil dan pine nuts.. buat stok banyak2.. simpan dlm peti... senang!
Laporan oleh: yani

Wah, authentic! Pine nuts n basil susah nak cari kt msia ni, kalau ada pun maha sgt. Untung yani :-)


Komen (6)

18-12-2006, mutiarazura komen :

Jika anda taknak guna kiub ayam, mesti perisakan sos dengan sedikit garam ya...


28-08-2007, murni komen :

hai.... saya nak tanya,selain dari cashew nuts,boleh x di gantikan dengan kacang2 lain atau pun tidak menggunakan kacang.......


15-09-2007, mutiarazura komen :

murni, sori lambat reply, i baru abis pantang... Boleh ganti dengan kacang lain, tapi so far I pernah cuba cashew dan pine nuts je. Cubalah! :-)


15-09-2007, mutiarazura komen :

murni, sori lambat reply, i baru abis pantang... Boleh ganti dengan kacang lain, tapi so far I pernah cuba cashew dan pine nuts je. Cubalah! :-)


27-11-2007, eyda komen :

Fresh basil tu daun selasih ke? i jumpa pine nut the other day tapi bila nak beli basil tu mcm confuse pulak....same ke daun selasih dgn basil?


28-11-2007, mutiarazura komen :

eyda, daun basil ada banyak variety. daun selasih tu pun basil jugak tapi nama dia Holy Basil atau Thai Basil. boleh juga guna daun selasih tu, tapi bau dia lebih kuat dari fresh English Basil. saya pernah beli fresh English Basil di Jusco kat fresh herbs/sayuran area


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu