Google+

oleh: newbie123 Pulut Microwave

Dsc05633

Cara mudah untuk masak pulut. Tak payah rendam-rendam lagi dah. Masak terus.


Created on : 29-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi newbie123




Bahan-bahan ( 1 orang makan )

  • 1 cawan pulut
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan pulut dalam bekas yang boleh dimicrowave. Masukkan air sehingga semua pulut tenggelam. Microwavekan selama 2 minit.
  2. Keluarkan, karih karihkan pulut dengan garpu. Kalau pulut masih kelihatan mentah, tambahkan air sedikit dan microwavekan lagi selama 2 minit.
  3. Ulang langkah 2 sehingga pulut masak. Saya ambil masa lebih kurang 8 minit untuk masak pulut ni.
  4. Setelah masak, bolehlah digaulkan dengan sedikit kelapa kering dan garam dan hidangkan dengan ikan bilis goreng pedas. Best
  5. NOTA: Masa tambahkan air dalam langkah 2, masukkan sedikit demi sedikit. Jgn masukkan byk sekali gus, takut nanti terlebih air, pulut jadi lembik.








Laporan Masakan Bergambar (1)

Pulut
12-10-2011
Baru cuba buat pulut nie.....memang cepat!!! Trima Kaseh. Nie akak buat makan dgn rendang tok.
Laporan oleh: yatisabar

Komen (14)

29-01-2009, aymy komen :

canggih nie.. nanti bleh try... tq..


29-01-2009, shafea komen :

salam sdp tu mkn di wkt pagi....pastu sbung todor balik heee pekena pulut gantuk....selera betul


29-01-2009, newbie123 komen :

nak nak kalu musim hujan kat kampung...best giler makan pulut ikan kering dan minum kopi kawwww...


30-01-2009, ash_snooz komen :

nape ash xnmpk pn langkah 2 tu?


30-01-2009, tebuhitam komen :

tebu pun tak nampak langkah no 2 . Tolong newbie ........:)


02-05-2009, Teratai Desa komen :

tima kasih resepi tu.. sbb bagi idea nak buat seri muka /talam guna microwave. cepat sikit.


20-08-2009, ayahor komen :

salam. bagus idea ni, kalu air tu ganti santan lagi best kut tq. leh try


20-08-2009, jueeone komen :

bgs betol cr ni... smlm br jerk t'pk mcm mn cr y sng nk msk pulut. mekacih ler ats resepi ni. emm bole try sok luse...


27-01-2011, ezralovescook komen :

ish2...geliga sgguh otak tuanpny resepi nih...sgt2 memudahkan kerja i..xde la nk guna oldsk00L pnya cara..nk rendam pulut je smlman..pastu kukus berjam2..abehkn gas je..tengkiu le sesangat!


05-09-2011, maslina_hambali76 komen :

Tq..saya dah masak guna cara..cepat sungguh


12-10-2011, ani tbk komen :

boleh cuba ni.....mkn dgn kelapa parut + ikan masin + air kopi kawww nyummmm


12-10-2011, kichendiva komen :

terima kasih...pasti akan cuba buat senang sgt!!


06-11-2011, mizzdini komen :

kalu nk kasi pulut manis skit nk taruk gula time bila agak2?


20-02-2012, eiza8575 komen :

nak masak pulut ni nak set apa erk...sbb microwave kan ada yang nak kena set kan....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu