Google+

oleh: Batdeaz Lala Masak Pedas

Lala_masak_pedas

Resepi daripada sepupu


Created on : 21-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Batdeaz




Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 500gm lala
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (di potong 4)
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • * optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas

Cara-cara

  1. Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
  3. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
  4. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
  5. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
  6. Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
  8. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
  9. Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
  10. Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
  11. Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.









Laporan Masakan Bergambar (7)

Lala_pedas
17-02-2009
bat, sedap!!
Laporan oleh: nor_67

Wah.. kak nor dah cuba yer? berseri sungguh nampaknye lala tu.. mekasih cuba yer!

Lala1
22-02-2009
emm... sedappp...
Laporan oleh: yani

Bangganye saya Yani kata sedap. terima kasih sudi mencuba

Lalapedas
28-04-2009
ratah jerk nih! sodapp!! tQ batdeaz!
Laporan oleh: hana6877

kaaann.. terima kasih mencuba hana!

Dsc02325
07-08-2009
report nie da terperap lama.br nk hantar.sedap!!!tq kasi resepi nie
Laporan oleh: eiyna

saya pun baru la nih baca rpt nih. terima kasih la cuba yer.

Imag0007
15-08-2009
sedappp sangat
Laporan oleh: rosaliza

wah wah.. boleh bikin lagi la nanti.. nyum nyum

Mus083
31-08-2010
Sedap juga masakan lala ni. Habis licin.
Laporan oleh: mus_lina

lama tak jengok sini, tgk ada komen. terima kasih kerana mencuba :)

091026_lala_masak_pedas
18-09-2012
dah lama masak ni. sedap & senang.
Laporan oleh: moonbug

Komen (10)

21-12-2008, sua_sue komen :

cepat la isi bhn....x sabo nih...


21-12-2008, sua_sue komen :

ok...buleh buat esok nih...


21-12-2008, Batdeaz komen :

Lambat sket la sua_sue. PC kita nih lembab masa nak mengupdate resipi. Terima kasih kerana ingin mencuba


22-12-2008, sizar_baik komen :

huhuhu... lapanye..... xsaba nak masak lala masak pedas ni... memang terangkat nih..... ;p


23-12-2008, Batdeaz komen :

cuba la nanti yer sizar_baik, kalau suka pedas tambah cili padi. Bat tak boleh nak bikin pedas sgt, nanti anak tak makan.. :)


16-05-2009, dania_effyza komen :

saya nk cuba la resepi ni..suami saya pasti suka.. mekasih ye


25-05-2009, Batdeaz komen :

cuba la dania... nanti leh update ngan photo sekali..


09-11-2009, mama66 komen :

okey gak ,saya selalu jugak buat tapi semalam saya try resepi ni,okey sedap juga.


15-07-2012, FirdausAzme komen :

hari nih nk try.hihihi. nak bagi bini saye rase


16-08-2012, ladolce'shezam komen :

salam, nk try la xpenah g try msk lala nie tp suke mkn.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd