oleh: Mat Gebu Apple Pie

Apple_pie

Harum dan mengasyikkan


Created on : 09-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_004
    Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Cake_and_muffin_005
    Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Cake_and_muffin
    Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Cake_and_muffin_007
    Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Cake_and_muffin_009
    Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Cake_and_muffin_008
    Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............

Tag

pie epal




Laporan Masakan Bergambar (7)

Apple_pie
25-12-2006
akhirnya jadi juga pir apple cik mat... inti apple dah buat beapa hari tapi terbantut je nak buat... ermmmm yummy!
Laporan oleh: umi_e

anggunnya.....mat tak de lah pinggan pie cam tu....

Apple_pai
22-01-2007
Mat Gebu...menjadi jugak apple pie yg diidamkan...
Laporan oleh: inaz
Img_1027
04-11-2007
sedap..my 1st try
Laporan oleh: nure
Apple_pie
12-12-2007
ok dpt dah upload gambar.. ni dia apple pie yg harum lagi best. tq cik mat!
Laporan oleh: nor_67
Apple_pie
27-02-2008
naper pastry merekah eh???
Laporan oleh: tulip77
Dsc00327
04-08-2008
nie apple pie sy. luper ltk telur on top. crust dia cam kureng je. leh tlg komen x? sy bdk br blajo
Laporan oleh: nelldinie998
Apple_pie
27-08-2008
2nd time buat, mmg best!! kejap jer abis.. abaikan loyang tu ya.. lupa nak tanggal kan hehe
Laporan oleh: nor_67

Komen (11)

10-12-2006, umi_e komen :

ermmm senang juga kan cik mat cuma inti apple tu anak2 saya tak berapa suka... anak2 saya tu cerewet tapi saya nak cubalah modify letak inti daging dan kentang hehehehe nanti kalau rajin saya buat dan kasi laporan ya cik mat :D


10-12-2006, Mat Gebu komen :

umie kalau nak tukar inti daging atau kentang mat cadangkan bubuh 50 g je gula halus dalam doh atau tak payah letak, bukan apa kalau doh jadi manis macam tak kena pulak dengan inti daging atau kentang. Pie epal nie umie rasa inti dia tak manis sgt sebab gula tu pun jadi karemal dan epal hijau u tau jelahkan rasa dia kan masam2 manis.


15-12-2006, ahjun komen :

sayer dah try tapi tak sempat amik gambar... sangat simple, siap boleh bagi jiran rasa lagi... hubby i cakap boleh buat jual!!!


15-12-2006, ahjun komen :

tq mat gebu untuk resepi yg best nie...


02-04-2007, sue_rans komen :

selain dari guna pie pan tu leh guna loyang biasa tak?


19-04-2007, kebayan komen :

cik mat, nak tanya acuan tu cik mat guna bape diameter? takut terpakai yang kecik lak...


28-04-2007, eleven komen :

sue_rans....kalau guna loyang biasa lain skit la jadinya....ye la,slalu orang buat pakai acuan pie.......


14-05-2007, yusztiey komen :

lama dah cari resepi pai epal ni...coz pernah buat tapi kulitnya keras la..adunan saya buat sama dgn adunan kulit karipap..boley ker cam tuh


12-12-2007, nor_67 komen :

first time buat apple pie, huh mengancam habis. Cik abg dan anak kata best dari McD.. tapi ia agak berair(air epal kluar kot) Mat, mcmana nak mengatasi ni. masak epal dah agak lama takut nanti epal jadi lembek lak. Satu lagi saya tak tau cara nak masuk gambar utk laporan masakan


20-02-2008, norre komen :

nampak sedap. dah lama nak cuba buat. cik mat boleh x ganti epal hijau dgn epal merah sbb x suka epal hijau.


04-08-2008, nelldinie998 komen :

mat gebu, naper doh sy x jd serbuk roti yek? kelakar gler ropa nyer. nie tgh bakar. xtau la per nk jd nie. leh advice x? tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu