oleh: zeera Sandwich Roll

Sandwich_roll_zeera

menu breakfast yg simple..


Created on : 08-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 keping )

  • 1 bungkus roti
  • 2 tin ikan sardin
  • 1 biji lada merah > hiris halus (kalau nak rasa pedas, boleh bubuh beberapa biji cili padi)
  • 2 biji bawang merah > hiris halus
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Marjerin
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit tepung + sedikit air untuk dijadikan gam

Cara-cara

  1. Panaskan periuk pengukus. Sementara itu asingkan ikan dengan sosnya. Kemudian lenyek ikan sardin sehingga lumat dengan garfu.
  2. Masukkan lada merah, bawang dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan air perahan limau. Sekiranya hendak rasa masam yang lebih, boleh tambah lagi.
  4. Potong tepi semua roti. Kemudian masukkan 1 keping roti ke dalam periuk pengukus yang telah panas tadi. Kukus roti selama 30 saat @ sehingga roti lembut.
  5. Keluarkan roti yang telah lembut dan masukkan roti yang seterusnya. Sapukan marjerin pada roti yang telah lembut dan isikan inti sardin. Gulung roti dan sapukan gam tepung. Ulanglah proses ini hingga roti habis.
  6. Panaskan minyak. Pukul telur bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah.
  7. Gulingkan roti dalam telur, dan goreng sehingga perang. Siap...

Tag

roti sardin




Laporan Masakan Bergambar (1)

Image224
08-02-2008
yummy......memeng best laa roti nie.....tq
Laporan oleh: myzaza_ez

Komen (12)

08-12-2006, Lys komen :

zeera.. agak2 klu tepi roti tue xdibuang blh x.. mcm syg la nak buang.. hehe... klu xbuang dia msih boleh lekat xdgn gam tepung tue?


08-12-2006, nurfadhila komen :

saya pernah buat sandwich roll ni.tapi saya penyekkan dulu rotinye.(saya suke guna gardenia / high 5 sebab lembut).tujuannye adalah supaya senang nak gulung n gam.selepas dimasukkan inti n digulung, saya gamkan dengan telur yg dah dipukul.biasenye satu bungkus roti dalam 2/3 bijik telur dah cukup.pastu saya gulingkan sandwich roll tu dlm telur yg dipukul.then baru goreng.cubelah..rasenye pun sedap.kejap je goreng.agak kuning terus angkat. satu lagi, saya goreng dulu sardin yg dah dilenyek bersame bawang, cili merah n kentang yg dipotong dadu kesemuanye.pastu nak color2, saye tambah sayur campur (dlm tu ade carrot,jagung n kacang peas).sedap...cubela. Nurfadhila


08-12-2006, yana komen :

mmm... nampak sedap je. anak tengok dah jerit2 suruh buatkan. jab lg nak cuba buat, bahan2 semua dah ada.


08-12-2006, zeera komen :

Lys, boleh.. masa kukus roti tu akan jadi lembut, so senang nak gulung dan mesti melekat punya.. Sy buang sbb sy mmg tak suka makan tepi roti tu... ;-)


08-12-2006, zeera komen :

nurfadhila.. selalu roti main penyek ni sy isi ngan sosej n terus goreng, sedap jugak... nanti sy cuba resepi awak ni..


08-12-2006, zeera komen :

Yana, dah siap jgn lupa hantar laporan ye... ;)


09-12-2006, nurin komen :

hi kengkawan, saya cadangkan kulit tepi roti tu dikeringkan/bakar dlm oven sekejap. Bila garing, hancurkan, jadi serbuk roti. Roti yg dah gulung tu, lepas celup telur, golekkan dlm serbuk roti tu pas tu baru goreng. Cuba la!, so tak bazir la kulit roti tu!


10-12-2006, zeera komen :

betul jugak tu nurin.. tQ!


18-12-2006, NIEZAGANNU komen :

KEBETULAN TU HARI ADER BLI TUNA.I JUST GANTI JE SARDIN PADA TUNA TU..ROTI TU TAK KUKUS2 PUN TRUS JE GULUNG SAME TUNA TEPI ROTI PUN TAK BUANG TERUS CELUP TELUR..MMG TAK MEMBAZIR..HEHEH OK JER RASENYE..PAGI2 TAK CUKUP MASA NAK KUKUS2 DAH...CELUP2 GORENG..CEPAT SKIT..


07-07-2007, Jasmy komen :

nurfadhila,bukan ke kita tak dibenarkan masuk resipi lain di resipi orang lain.


24-09-2007, aisyahumairah komen :

minyak menggoreng tu x serap dlm roti ker?


03-02-2008, yansani komen :

dah pernah buat.. minyak tu tak serap dlm roti.. sbb dah salut dgn telur.. tp, make sure minyak betul2 panas.. saya lbh suka tumiskan dulu semua bhn inti..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu