Google+

oleh: mdmzul Ikan Bawal Goreng Tauchu

Dsc03858

Masakan simple. Kalau balik kerja, dh penat sangat. Cepat n mudah disediakan


Created on : 06-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mdmzul




Bahan-bahan ( 2-4 orang makan )

  • 2 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 cm halia *
  • 1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat2
  • 1 biji tomato - potong 8
  • 2 sudu besar tauchu Tamin
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Dsc03852
    Bersihkan ikan, letak kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing
  2. Bila ikan dah garing, angkat dan masuk dalam pinggan lonjong
  3. Dsc03853
    Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga hancur
  4. Dsc03854
    Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau
  5. Dsc03856
    Masukkan bawang besar, kacau. Masukkan capsicum, kacau lagi
  6. Dsc03855
    Masukkan tauchu. Jangan ambil airnya, masin!
  7. Masukkan air asam dan sedikit air. Rasa... Selalunya tak perlu masukkan garam. Tauchu tu dah cukup masin.
  8. Kalau dah termasin, masukkan sedikit gula. Sikit je... jangan sampai manis pulak.
  9. Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul suma sekali.
  10. Masukkan ikan dan gaul hati-hati. Jangan sampai ikan hancur, lak
  11. Hidangkan panas-panas.

Tag

ikan

Related Recipes









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu