oleh: lynn Roti Jala dan Kari Daging.

02190003

Sesuai untuk hidangan minum petang atau juga jamuan.


Created on : 23-05-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Tag

kuih-muih




Laporan Masakan Bergambar (7)

Rotijala
26-06-2006
Menjadi!.. tq for the recipes
Laporan oleh: Makyong
Roti_jala
11-06-2007
kenyang perut suka hati...tq.
Laporan oleh: syahmi
D075
30-06-2007
best sangat..cicah ngan kari ayam.. nyum2..
Laporan oleh: giha_gaha
001
08-09-2007
tq lyn. Memang sedap. Buat utk brunch.
Laporan oleh: fieza_fwwt
Picture_816
11-11-2007
stat menjala dah....tq, sedap
Laporan oleh: junjs11
Dscf1855i
08-03-2008
ubah sikit2 but still sedap.TQ
Laporan oleh: lemongrass
Roti_jala
13-06-2008
try resepi yg ni pulak...utk minum ptg :)
Laporan oleh: tulip77

Komen (35)

23-05-2006, sya komen :

k lynn part roti jala serah ke dia ah. dia rajin menjala. hehehe...


23-05-2006, yani komen :

kalo dekat dgn umah kak lynn.. takyah nak menjala.. tapi apakan daya terpaksa buat sendiri.. dr dulu sampai sekarang dok guna resepi kak lynn ni ler..


30-05-2006, lynn komen :

hehehe, dah lama pun akak x menjala ni..


13-06-2006, mimie komen :

mana resepi kari dagingnye..


15-06-2006, lynn komen :

gomen ne, bz asyik lupa je nak tempek kari dagingnya... tungguuuuuuuuu


26-06-2006, ieja komen :

okey gak resepi nye....boleh cuba!tp kari nye xde ke?


09-07-2006, rosgee komen :

450gm tpg dlm bentuk cawan?takda sukat dlm bentuk gm


13-07-2006, lynn komen :

ieja > ok.. ok resepi kari saya dah letak ... sorry. rosgee > susah ke nak sukat guna gm... ? anggaran dlm 4 1/2 cawan la tu. kalau tak pun ambil je tepung gandum sepeket tu timbang 1/2 kg hehehe.


13-07-2006, lynn komen :

silap-silap admin dan makyong nak tulis nama makyong dlm komen tertulis dalam nama tu ... sory sory.. boleh ke edit admin ? ;)


13-07-2006, lynn komen :

Tak perasan tadi dah ada mesej bergambar. Wah menjadi ek, tahniah... lemak2 gitu kan. mmm... bila nak menjala lagi ni.


26-09-2006, Liya komen :

Terima kasih kongsi resipi. Boleh buat berkali-kali.


01-10-2006, ana komen :

terima kasih kerana ada resipi ini. boleh saya buat banyak sebab ianya senang. ok terima kasih tapi karinya dimana ya...


01-10-2006, admin komen :

ana, resepi kari nya drp lynn gak ada kat sini:- http://myresipi.com/top/detail/149


18-12-2006, muza komen :

Saya dah buat roti jala ni tapi kurang sedap. Sekarang ni bolehlaa saya cuba resipi baru ni. lagi elok sertakan sekali karinya.


07-02-2007, umiaisyah komen :

selalu buat jugak tapi kurang sedap...yum yum anak umi mesti suka kalau resipi baru ni...nanti umi cuba...sapa2 nak cuba leh datang umah umi


11-02-2007, ayamserati komen :

baru nak cube esok


21-02-2007, icam komen :

...moshi2...sayer nak tanyer kpd sesiapa yg pernah m'bt roti jala nie..bole share skit xperience tu tak...coz sayer tgh bt research pasal roti jala...sayer nak tahu lebih detail tentang cara2 m'bt roti jala...kalo bole mail la u all punyer mail address pd sayer...icam_me@yahoo.com...as soon as possiblee...sayer ader banyak kemusykilan...sayer dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...:)


25-03-2007, tulip77 komen :

i klu nk wat roti jala biasanya bancuhan cam nk wat lempeng,kena cair skitlah pastu guna susu tepung jek senang nk agak :) & bila guna susu tepung roti jala ni akan berbau wangi


01-04-2007, syahmi komen :

roti jala ni boleh juga cicah ngan kuah durian...... nnt syahmi masukkan rsp kuah durian utk mkn ngan roti jala ni....hmmmm sdpnya.. x sabar rasanya :p


08-04-2007, coyotemawi komen :

lynn..gomen ne tu apa?


24-06-2007, SAFA komen :

Nak tanya, kalau xbubuh telur xpe kan..?? susu pun penting ker..??


10-07-2007, riena komen :

riena dah try buat mkn ptg smlm. byk jugak dpt. ingatkan nak bagi kat jiran, rupanya tak sempat. hbs kat kami 5 beranak je. punya ler sodap....tq lynn 4 ur rsp.


08-08-2007, mellea komen :

Salam... Pagi tadi buat roti jala tu, walaupun tak mcm yang akak buat tp sedap. Mellea mkn dengan kari ayam... Husband yang tolong gulungkan. Tq


21-08-2007, ladybird komen :

memang sedap!semalam baru buat.tapi macamana resipi tu cuntuk 10-15 orang tapi yang makan 6 orang kat umah tu tak cukup2.(mesti sedap i masak!)cuma yang problem time nak menjala.kali ke 5 baru pass.thanks lyn...


11-09-2007, bobocha komen :

MMMMhhhh...sedapnya roti jala.... Makan 3 orang je dah habis...


23-01-2008, uminaj komen :

sori, nak tanya, pemutar belon tu apa ya?x penah dengar le...


07-03-2008, kakg komen :

Dh cuba. lembut & sedap. Blh guna bancuhan yg sama utk buat kuih gulung yg inti kelapa tu ke?


08-03-2008, yatiezaini komen :

ada sapa2 kat sini tahu x samada adunan roti jala ni boleh di simpan dlm peti sejuk semlman x.. seblm dijalakn esok pagi nya... selalu buat roti jala versi saya.. tp selalunya saya terus jalakn & x pernah simpan kat peti sejuk semlman.. sapa2 blh tlg.. tks..


03-04-2008, bayu-tt komen :

nak tanya,mcm mana bentuk acuan roti jala tu??


04-04-2008, umiezu komen :

salam(",)..cik bayu-tt kalo p supamaket p kat brangan plastik acuan roti jala wana kuning jagung gitu..btangkai d ada lima lubang panjang skit alurnya ke bawah..alamakk bleh pa'aam ke??? tak pun p psar mlm tnya pakcik or makcik jual brng plastik "cik acu kuih jala ada tak" hhaaa kan sonang....


04-04-2008, umiezu komen :

salam(",)..cik bayu-tt kalo p supamaket p kat brangan plastik acuan roti jala wana kuning jagung gitu..btangkai d ada lima lubang panjang skit alurnya ke bawah..alamakk bleh pa'aam ke??? tak pun p psar mlm tnya pakcik or makcik jual brng plastik "cik acu kuih jala ada tak" hhaaa kan sonang....


04-04-2008, umiezu komen :

salam(",)..cik bayu-tt kalo p supamaket p kat brangan plastik acuan roti jala wana kuning jagung gitu..btangkai d ada lima lubang panjang skit alurnya ke bawah..alamakk bleh pa'aam ke??? tak pun p psar mlm tnya pakcik or makcik jual brng plastik "cik acu kuih jala ada tak" hhaaa kan sonang....


05-04-2008, che ku azunura komen :

sayapetang ni baru je nk buat .kalau sedap boleh cuba lagi ok....thank ..


30-05-2008, harissa komen :

saya dah try buat..sedap.siap bagi dkt jiran lagi..tq very much ya


27-06-2008, cute girl komen :

mane resepi karinya??? x nmpk pun


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu