oleh: skyblue Roti Goreng Berudang

Rotiudang

Senang disediakan... ranggup! Boleh dihidangkan dengan chili sauce dan mayo.


Created on : 03-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 6-8 ekor udang besar (dicincangkan)
  • 1 biji telur kecil
  • 1 sudu besar lobak merah yg telah dicincangkan
  • 1 sudu besar daun bawang yg telah dicincangkan
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 4 keping roti
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali roti and minyak ke dalam mangkuk besar. Gaul sampai rata dan diketepikan.
  2. Setiap keping roti dibahagikan 4 dan sapukan degan campuran udang.
  3. Goreng roti yg telah disapu dgn campuran udang segera. Goreng sampai perang.

Tag

roti udang




Laporan Masakan Bergambar (2)

Roti_udang_2
28-01-2007
ringkas, sedap & kenyang.. 10Q langit biru!
Laporan oleh: lindw

u r welcome. terkejut pula i baca "langit biru", bila i masak tadi rasa macam ada orang panggil i "langit biru"...!!

Image707
20-07-2008
senang dan sedap walaupn x ckup bahan cuma buh bawang jer..2 pun dh sedap.tQ skyblue.
Laporan oleh: aa_iezah

Komen (8)

05-12-2006, Lys komen :

skyblue- guna roti potong biasa je ke?


05-12-2006, skyblue komen :

Lys, roti potong biasa je. Saya guna roti lama (yg tak habis makan). Selalu roti jadi kering sikit selepas 2-3 hari... kalau nak buang rasa sayang... :D


05-12-2006, umi_e komen :

Lys... ni deep fry ke? Rasnaya berminyak tak Lys?


06-12-2006, Lys komen :

umie.. tue bkn resepi Lys la.. tue kena tanye skyblue... pening agaknye umie nie... hehehhe :P


07-12-2006, skyblue komen :

Umie... deep fry, tak lah berminyak sangat kalau makan panas2. Umie boleh cuba dgn sedikit roti dulu.


22-03-2007, ffeeda komen :

dah buat dah..mmg rasa sedap...rasa manis je udang tu..tambah plak ngan mayonis wat sendiri...sedappp.....


10-04-2007, along ain komen :

skyblue..macam sedap....sok pagi buleh cuba ni....tapi nak tanyalah ain kena celupkan roti yang telah dipotong 4 tu kedalam bancuhan telur & udang tadi pastu goreng?.....


20-07-2008, irnasz komen :

seingat i cam resepi dlm icip icip tv3.nmpak sedap.memang sedap pon kalau guna udang nih..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu