oleh: yani Mango cheese tart

Mangocheesetart

Sesuai dijadikan hidangan minum petang


Created on : 31-03-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 22 cm )

  • -Walnut crust-
  • 1/2 cawan gula
  • 100g mentega(potong kecil-kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan walnut
  • -Filling-
  • 250g philadelphia cream cheese
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • beberapa titik esen vanila
  • 1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke 200degree
  2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
  3. Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again. Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)
  4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
  5. Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
  6. Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi.
  7. Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
  8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

Tag

tart




Laporan Masakan Bergambar (11)

Cake
29-06-2006
pear cheese tart..walaaa
Laporan oleh: erna

cedapnya nampak...

Dsc03148
05-08-2006
walaupun crust dia tak seperti resipi tp hasil dia sama gak. hehe. nak jugak amik gambar cam puan guru. rasa dia? it's sooo cheesy...:D
Laporan oleh: hanis

gambo tak cantik pun takpe.. asalkan rasa sedap..

Img_0135
10-10-2006
eii.. time kasih bebyk utk recipe nih.. my hubby hantu cheese.. suke sgt mkn cheese tart.. bile ade recipe nih simple je, jadi pulak tu... nih la die cheese tart saye... rupe kureng sikit, tp rase die tak ubah cam beli.. crust die i bakar dulu... bravo yani!!!
Laporan oleh: maya_zakry

good idea maya.. u buat kecik2.. senang nak makan.. lain kali nak try jugalah buat cara u ni..

Coconut_banana_tart
11-10-2006
akak tukar walnut ke coconut, buah tu ganti dengan banana. sedap!!
Laporan oleh: Ringo

Heheh.. akhirnya tuan asal resepi mai boh laporan masakan bergambar.. :) dan bagi tip sekali.. tq kak hani.

Tart
07-11-2006
Tq Yani. Resepi ni dah jadi resepi mingguan saya. Alternate dengan kek coklat awak yg senang tu :). Selamat Hari Raya semua.
Laporan oleh: sitiazma

welcome.. selamat hari raya

Tart
09-11-2006
cedappp...
Laporan oleh: honey

lawa gambar..:)

Cheese_tart
03-12-2006
yay! cheese tart with serbuk biskut oreo.. amik idea maya_zakry buat kecik2 & ganti walnut dgn coconut cam ringgo.. gambar tu tak ler lawa sgt tp rasa dia...pergh!!
Laporan oleh: lindw

gambar tak lawa takpe.. asalkan rasa sedap.. dan sebagai penyumbang resipi dah tt2 rasa seronok bila tengok gambar dr org lain.. lawa ke tak..tu tak penting

Peach_cheese_tart
05-12-2006
Peach Cheese Tart... Inilah menu minum petang paling laris di meja makan...
Laporan oleh: zeera

bagus tu.. bulih buat lagi

Banana_tartt
18-08-2007
buat mcm kak hani, letak banana & shreded coconut..sebab nak habiskan stock, tq :)
Laporan oleh: s_shamen
Dscn0088
07-10-2007
Buat lagi sempena nak raye.. yummy
Laporan oleh: maya_zakry
Image003
18-02-2008
Saya baru jumpa laman web nih.....so, ini adalah resepi pertama yang saya cuba.....sedap....tapi gambar tak cantik....pki h/p jer....saya tak pakai mango, tapi nenas....
Laporan oleh: haz_amon

Komen (19)

05-08-2006, hanis komen :

naper buat crust dia tu tak jadi cam serbuk roti un. jadi cam doh biasa je. hehehe. ada salah buat ke.... buat uli pakai tangan je. food processor tu hand mixer ke? ke benda lain?


05-08-2006, hanis komen :

rasa kalau bakar sket crust tu sblm letak filling mungkin rangup sket kot bahagian bawah dia.


06-08-2006, yani komen :

Hanis, food processor tu macam blender tapi tak payah letak air.. eh tak jadi ke buat crust tu?.. kena guna butter yg keras... emm bagus juga idea hanis tu, bakar dulu sket crust sebelum letak filling.. lain kali nak try lah..


01-09-2006, nani komen :

boleh ke uli guna tangan


10-10-2006, yani komen :

good idea maya.. u buat kecik2.. senang nak makan.. lain kali nak try jugalah buat cara u ni..


10-10-2006, myibrahim komen :

hye yani..teringin juge nk try recepi ni..tapi tepung tu nk pakai tepung ape yer.


10-10-2006, yani komen :

myibrahim.. kalo dlm resepi tu hanya dinyatakan guna tepung.. maksudnya tepung gandum lah tu.. tapi ramai yg tak tahu pasal ni.. takpe nanti i edit kat atas tu.. but try la buat.. memang senang..


11-10-2006, myibrahim komen :

ok yani..thanks..nk try this weekend n i'll tell u the result!!...:-)


11-10-2006, yani komen :

orait... jgn lupa amik gambar (^o^)


11-10-2006, maya_zakry komen :

haah,, buat kecik2 pasal konon nak tiru cheese tart kat kedai yg my hubby slalu beli tuh... best la website nih.. baru la tak rase malas nak masak.. kui kui kui...


11-10-2006, maya_zakry komen :

lupe lak nak cakap yg crust die tu i uli pakai tgn laa.. hihihihi.. filling die i pakai mixer


11-10-2006, Ringo komen :

Hanis, crust tu kalau guna tangan, cuma guna hujung jari. baru jadi macam serbuk roti. gaul cepat-cepat. klu tidak, butter jadi cair dan tak jadi serbuk roti. masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat. klu buat gini, tak payah bakar dulu sebelum letak filling dia.


12-10-2006, yani komen :

Heheh.. akhirnya tuan asal resepi mai boh laporan masakan bergambar.. :) dan bagi tip sekali.. tq kak hani.


04-12-2006, lindw komen :

saya pun seronok cuba resepi2 kat sini.. senang buat & yg penting leh upload gambar.. jadik lebih rajin utk masak & bg org makan..seronok..


23-12-2006, siNgLe_LadY komen :

Tiap-tiap kali raya, saya asyik membeli biskut Tat nenas. Biskut kegemaran saya. Ada sesiapa boleh bantu saya untuk belajar buat sendiri Tat nenas yang sedap... biskutnya yang rapuh....


12-05-2007, eleven komen :

kat website ni ada resepi tart nenas..


19-08-2007, shikinma70 komen :

dah cuba gantikan mangga dengan peach. memang sedap. sekejap aje dah habis. tq kak yani


03-11-2007, maniskoko komen :

hai yani, walnut tu kena panggang dulu ke?


18-02-2008, haz_amon komen :

emmm....sedap betul...saya tambah crustnya ngan badam....saya juga ganti mango ngan nenas sebab saya suka makan nenas......siap buat untuk hantaran sepupu kahwin...thanks.....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu