oleh: salwahcm Nasi Daging

Wawa_002

Resepi dari Tok kawan saya (Balqis) di Sg Dua, Penang


Created on : 30-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.




Laporan Masakan Bergambar (2)

Nasidaging
20-12-2006
menu utk semalam.. mekacih!
Laporan oleh: yani
Dsc01278
12-11-2007
First time cuba. Daging yg dah rebus tu saya masukkan sekali dalam nasi. Bila makan nasi daging tu cicah pulak dgn air asam, gorng sikit papadom memang terangkat.
Laporan oleh: herdawaty_abuothman

Komen (18)

04-12-2006, fida komen :

tomato soup tu pe ek???


04-12-2006, fida komen :

n if guna selain basmathi cm herbaponi ke ok x agak2 nasi tu?


06-12-2006, salwahcm komen :

fida.. tomato soup tu dalam tin. u boleh beli kat supermarket. Tapi kalau tak jumpa boleh jugak pakai tomato puree tapi cairkan sikit dengan air. Kalau guna herbaponi pun ok. Tapi u kena ikut sukatan air untuk masak beras jenis tu. Happy cooking :)


15-12-2006, junjs11 komen :

dah try 2 hari lepas. tapi wat half j sbb family kecik. memang sedap..tapi jun guna beras wangi j sbb x sempat beli beras basmathi tu. Pas tu tambah lauk sayur campur ..hehe. tqvm salwahcm.


21-12-2006, rogayah bostamam komen :

saya dah cuba nasi ini sedap anak saya berumur 6 tahun sangat suka hingga makan 2 kali. Ada yang saya belajar daging nya dimasak dengah rempah-rempah di bubuh tairu kemudian apabila nasi hampir masak di masukkan dagingnya berselang-selang.Anyway 10q.


22-01-2007, fatini_sfm komen :

nasi ni memang popular di kawasan seberang perai p.pinang selalunya bila kenduri dia orang makan dalam dulang dan makan berempat dagingnya dicecah air asam dan sampingan nya acar timun mentah dan papadom,


06-03-2007, Noraqim@yahoo.com komen :

Saya pernah makan nasi daging ini semasa diMesir, ketika itu ada student kita disana bernikah dengan orang sana, jadi student kita menyediakan nasi daging ini sebagai menyambut tetamu.


14-04-2007, esah komen :

hah esok cuti keja leh wat utk lunch ni, senang cite sekali masak , ahaks virus 'm' dah mai


04-05-2007, cgaini komen :

hmm... memang terliur, tapi kalau di tambah dengan serbuk kas-kas lagi enak di rasa.


28-06-2007, dakdeng84 komen :

nak cuba jugak la...nmpak cam sdap je...


13-11-2007, malafc komen :

ah ah memang pun sdp nasi daging ni, saya pernah makan yg bpk mertua kwn saya buat masa tu saya study kat penang, sdp memang x yah ckplah x cukup rasanya..nanti nk try masak sendiri plak..


14-12-2007, lizaramli komen :

rempah sup bunjut tu guna yg bunjutnye ker atau rempah sup?...


24-12-2007, lizaramli komen :

liza dah try buat... sedapla nasi nie... hubby pun suka... selalunya kalau liza masak nasi briyani hubby tak berapa nak makan... tp aritu buat nasi nie dia makan sampai bertambah-tambah... Buat plak guna daging baru (korban)... bestla.. time kacihla salwahcm...


28-12-2007, payjeoy komen :

eemmm...tengok resepinyer pun dah terliur... teringat masa dok kat ayaq melintas kecik tasik gelugoq dulu, la ni org umah dalam pantang, so kena la masak utk ank2, kebetulan daging korban ari tu ada lagi, so petang ni nak p cari ramuan, sok nak masak... arap2 menjadi ler.


23-01-2008, farahana01 komen :

hari ni nak try lah masak nasi daging ni nampak best jer..... tambah pulak ada stok daging dalam peti sejuk lagi nak try....


04-02-2008, farahana01 komen :

TQ....salwahcm memang sedap nasi daging ni rupanya..... anak2 ngan hubby suka sangat.... mereka suruh buat lagi...


29-03-2008, nurnikisha komen :

sedapppppppp sgt nasi daging ni...mkn ngan air asam n jelatah..lazat..tq!!!:)


21-05-2008, salwahcm komen :

Terima kasih kepada semua yang dah try resipi saya ni. Saya selalu buat nasi daging ni untuk open house. Yang penting simple senang je nak buat. Thanks to all.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu