Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Donut

 Submitted By On 22 May, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

lembut dan mempunyai rasa yang tersendiri

Ingredients
  • 200g tepung roti
  • 100g tepung biasa
  • 100g taufu (cotton taufu)
  • 6g yis kering
  • 5g garam
  • 20g mentega
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu susu segar suam atau air suam
  • minyak untuk menggoreng
Instructions
  1. Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.

  2. Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.

  3. Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.

  4. Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda

  5. Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.

  6. Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi

  7. Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
DonutDonut By yani
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All