Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Ayam Goreng Berempah

 Submitted By On 30 October, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resepi try & error.

Ingredients
  • * 1 biji bawang sederhana besar
  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
  • * 1 batang serai
  • * 2 biji bawang putih
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.
Instructions
  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.

  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.

  3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.

  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.

  5. Goreng serta merta hingga garing.

  6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All