oleh: fida Murtabak maggie

Murtabak_maggi

Sedap untuk sarapan pagi atau minum petang.


Created on : 27-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 ORG )

  • 2 bungkus maggie
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus perasa maggie
  • 1 biji cili merah

Cara-cara

  1. Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
  2. Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)
  3. Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
  4. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.
  5. Gaul rata bahan-bahan tersebut.
  6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.
  7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.




Laporan Masakan Bergambar (5)

Murtabak_maggi
10-12-2006
Pagi tadi saya cuba buat sarapan untuk anak-anak. Saya campurkan dengan sedikit kentang dan tumis maggi seperti buat mee goreng dahulu. Kemudian baru masukkan dalam telor yang telah dipukul. Hasilnya seperti dalam gambar... memang sesuai untuk menukar selera sarapan pagi atau petang...
Laporan oleh: umi_e

wah satu idea gak tu, yumis dlu maggi tu. sy pun nak cube la.

Murtabak
14-12-2006
sarapan utk hari ni.. sebelum ni rasa pelik je.. tapi bila dah try emm.. oklah utk pelbagai sarapan pagi
Laporan oleh: yani

asik2 muratabak daging or ayam jer, so tukar resipi pun ok wat....yg penting muratabak gak namenye hehehe

P1000484
20-01-2007
sarapan segera..bukak peti ais bhn2nyer dah ada so merasa laa mkn murtabak special nih!
Laporan oleh: lindw

cz senang dan bhn mudah tu yg wat sedap n berselera ble makan.

P1010644
29-07-2007
so easy.. sesuai sgt kalau lapar tgh2 mlm sekesap je siap
Laporan oleh: miza
Murtabak_maggi
19-12-2007
nor tambahkan daun kucai dan crab stick... sedap
Laporan oleh: nor_67

Komen (5)

11-12-2006, admin komen :

Buat sementara waktu, saya letakkan gambaran dari laporan masakan untuk resipi ini. Harap fida boleh tukar bila dah ada gambar sendiri nanti..ok. Thanks


24-06-2007, lyana85 komen :

lyana tambah ngan sosej n kentang..sedap..


25-10-2007, aleya komen :

thanks yah..boleh tukar menu breakfast..huhu


24-11-2007, maz75 komen :

time time cuti sekolah ni anak saya asyik lapar je...pas tu saya cuba buat murtabak maggie ni...uuhh...anak saya kata mavellous lah mama..... hi!hi! bamgga ler saya...terima kasih memberi saya resepi ni...husband pun suka....


22-05-2008, isarah komen :

dah lama sarah tak buat murtabak magi ni.. nak tunggu angin rajin datang baru bleh buat.. nnt sarah nak bagi menu wat bihun goreng tom yam.first time buat sume orang puji. mak mentua pun puji melambung n mintak resipi. rata2 sume cakap x pernah rasa bihun goreng tam yam mcm sarah wat...tunggu tau resipi dari sarah nnt...:-)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu