Google+

oleh: mikelnaru Gula Berwarna - Untuk hiasan biskut

Gula_warna

Gula berwarna ni cantik & sesuai ditaburkan pada ising biskut; contohnya di atas royal ising... Bahan-bahan yg diperlukan sangat mudah.


Created on : 21-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mikelnaru




Bahan-bahan ( sangat mudah )

  • Gula Caster
  • Kantung Plastik
  • Pewarna (jenis cecair) - ikut suka

Cara-cara

  1. Masukkan beberapa sudu makan gula caster ke dalam kantung plastik secara berasingan.
  2. Titikkan pewarna & adunkan pewarna tersebut sehingga gula & warna menyatu (seperti dalam gambar di atas). Picit2 saja & goncangkan sedikit plastik bag supaya warna menyatu.
  3. Tone warna mengikut kehendak memasing - jika hendak terang, tambahkan pewarna.
  4. Akhir sekali, biarkan gula yg sudah berwarna dalam beberapa jam sebelum digunakan - jgn disimpan terus ke dalam container - supaya gula tidak keras & berketul.
  5. Cara menggunakan gula berwarna ini = selepas mengukir biskut di atas pinggan dengan ising (royal ising yg sudah diwarna & sebelum ising mengeras) gula warna ini bolehlah ditabur. Goyangkan sedikit biskut. Mana-mana gula yg tidak terkena pada ising akan jatuh & boleh disimpan semula.
  6. Gula berwarna ini juga sesuai digunakan utk menghias butter cream pada cupcakes. Selamat Mencuba ; )









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

21-09-2008, mikelnaru komen :

Errr.... No.2: picit2 saja & goncangkan sedikit plastik bag supaya warna menyatu. Sori, tak tahu mcm nerr nak edit.


22-09-2008, quinnie komen :

bagus la idea ni..cantik ni buat tabur atas biskut... mikelnaru kalau nak edit..pegi dekat awak punyer my resepi akaun.


22-09-2008, mikelnaru komen :

thank u quinnie : ) dah pun s edit.


22-09-2008, mikelnaru komen :

thank u quinnie : ) dah pun sya edit.


05-03-2012, jeanshade komen :

tq mikelnaru 4 dis recepi. dh lama cari, nk buat hias red velvet. kalau bli mahal gak ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd