oleh: umi_e Kek biskut segera

Hias_cream

Resepi yang tidak perlu dibakar atau dikukus. Pencuci mulut yang mudah disiapkan dan jadi kesukaan kanak-kanak.


Created on : 21-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )

  • 1 Bungkus biskut manis (apa2 jenis biskut yang disukai)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan serbuk coklat ( Milo pun boleh)
  • 125gm coklat masak
  • satu sudu teh margerin
  • manik2 untuk hiasan
  • fresh cream segera untuk hiasan (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan susu segera ( tak perlu sampai mendidih)
  2. Masukkan serbuk cokolat dan bancuh sampai rata
  3. Celup_biskut
    Celupkan biskut manis tadi
  4. Susun_biskut
    Susun dalam pinggan (ikut suka cara menyusun)
  5. Cairkan_cokolat
    Panaskan coklat cair bersama margerin ( Saya panaskan dlm microwave selama 1 min dan kacau sampai rata dan cair
  6. Tuang_cokolat
    Tuangkan coklat yang telah cair ke atas susunan biskut
  7. Ratakan_cokolat
    Ratakan sehingga menutupi semua biskut
  8. Hiaskan
    Taburkan dengan manik2
  9. Hias_cream
    Kemudian hiaskan dengan fresh cream (Jika suka)
  10. Kek_potong
    Potonglah kek biskut yang telah siap
  11. Boleh dibuat sebagai pencuci mulut atau minuman petang




Laporan Masakan Bergambar (1)

Kek_biskut
27-04-2007
senang & sedap!!!! Topping guna icing butter umi_e juga
Laporan oleh: CTNur

Thanks cuba resepi ni!!!! :)


Komen (15)

22-11-2006, admin komen :

http://www.myresipi.com/help/isiresipi.html


24-11-2006, sweethoney komen :

hai e...mudahnya resipi ni nanti saya cuba mesti sedapkan...e ada kongsi resepi tauhu telur tu ke..ada laman Web MTM ke??


24-11-2006, sharinaz komen :

tak lembik ke biskut tu sbb dah celup dalam susu


24-11-2006, umi_e komen :

sharinaz... biskut tu elup sekejap je... janganlah rendam hehehehe so kalau dicelup saja taklah sempat nak lembik... lihatlah pada gambar yang telah disediakan tu... Sambil2 masak bolehlah buat sebab mudah sangat dan anak2 pun boleh buat sendiri...


24-11-2006, hanifadil komen :

best.. best.. nak cuba lah.. bahan2 pun mudah


28-11-2006, umi_e komen :

cuba jangan tak cuba tau hanifadil ;) and kasihlah feedback kalau dah buat :)


02-12-2006, Mat Gebu komen :

umie ringkasnya..... boleh ajak anak-anak buat kan...


10-12-2006, umi_e komen :

a'alah cik mat... anak2 pun boleh buat sendiri... anak2 umie suka buat kek biskut ni sebab buat terus boleh makan, tak payah tunggu nak bakar atau nak kukus... lagipun kita tak khuatir kerana tidak melibatkan bahan panas atau api...


31-12-2006, hazamiyah_2006 komen :

saya nak cari resipi tom yam..... plz...


31-12-2006, zara_klate komen :

hazamiyah.. nk resipi tom yam yer.. nanti saya letak kat web nie.. tunggu agi 2-3 hari k..


27-04-2007, eleven komen :

biskut manis ni....kalau guna biskut TIGER yang ada gula tu leh ke?


27-04-2007, umi_e komen :

eleven... boleh je guna apa2 biskut asalkan jenis biskut yang mudah lembut contoh seperti biskut merie cuma biskut merie tu bentuk bulat jadi susah sikit nak bentuk... cubalah dengan biskut manis tu... toping boleh ikut suka cam CTNur tu :) TQ


09-01-2008, mardhia komen :

hai, boleh x bagi cara buat fresh cream


10-01-2008, Lilydvalley komen :

mardhia, fresh cream kita beli aje...ada jual kat Giant/tesco & yg sewaktu dgnnya.


01-04-2008, anuarhida komen :

mcmn nak buat apam lenggang


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu