oleh: yani Kek Coklat

Kek

kek coklat


Created on : 17-05-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising




Laporan Masakan Bergambar (1)

Cake
24-07-2006
double chocolate cake jadinye.. bila guna susu perisa coklat ;)
Laporan oleh: melati

Komen (28)

19-06-2006, datin b.s komen :

awat masa panas cantik je naik gebu tapi bila dah sejuk mendap kebawah.........kat tengah nampak macam masih basah mcm tak masak tpi masak dah....awat jadi lagu tu.....TQ


20-06-2006, yani komen :

emm.. tak pastilah kenapa mungkin adunan datin tak cukup sekata atau sebab lain.. sape yg pro pasal kek ni bolehlah tolong jawab..


26-06-2006, tepaksireh komen :

Saya pernah jadi macam datin kena, saya masak kek lebih lama sikit, sekurang-kurangnya lagi 10 minit, sebab oven tak sama besar , jadi suhunya tak sama.


22-07-2006, zazu komen :

bule saya tahu, coklat dgn susu segar awak pakai brand apa? btw,saya pun pernah lalui mcm datin masa saya buat kek coklat tanpa butter tu.tak tahu pulak mana silap nye..


22-07-2006, yani komen :

pasal susu dgn coklat ni susah sikit nak cakap brand nye.. sebab saya sekarang bukan kat Msia.. main guna je yang ada kat sini.. pastukan biasanya kek yang asingkan telur putih dgn kuning ni senang nak jadi.. asalkan telur putih tu dipukul betul2 kembang.. pastu lagi masa masukkan tepung tu jgn guna mixer.. kacau guna rubber spatula


24-07-2006, hanis komen :

jadi moist cake tak? teringin nak mkn moist cake. belum jumpa yg betul2 jadi lagi...


25-07-2006, yani komen :

tak jadi moist sgt kalau nak banding dgn resepi kek coklat tanpa butter tu


24-08-2006, tina komen :

nampak macam sedap kek coklat ni..........


27-08-2006, neiyl(2) komen :

kek coklat nie nampak sedap sangat. sapelah agknya yg ajar ye?


27-09-2006, princess komen :

camne ek nk wat topping yg mcm kat kedai kek tu. ngan yg bley tulis2 tu. nk try tak pernah jd. ingtkn nk surprise bezday kek kat someone special. tolong ye.


27-09-2006, inaz komen :

boleh sesape bagitau 'browning sugar' tu apa


29-09-2006, Miss Goo komen :

nak recipe tentang kek tiramisu


02-10-2006, ApEk`D komen :

kak yanie....hai.... nie ..nak tanya akak...kalau2 akak ada resepi kek kukus....terutama kek coklat kukus...


14-10-2006, ruziana komen :

kak, bole tak saya nak mintak resepi kek yang mudah utk di buat dan save cost ?


08-11-2006, liza komen :

HSI KAK YANI,, U PANDAI MEMASAK.. BOLEH TAK BELAJAR MEMASAK DENGAN U FACE TO FACE.. U BOLEH EMAIL I. hasbi_liza@yahoo.com


09-11-2006, yani komen :

liza.. takde masalah tapi i sekarang ni kat jepun.


24-11-2006, nanna komen :

adunan mestilah sama rata..dan pastikan oven betol2 panas sblm masukkan kek ke dlm oven.. n lg satu kek datin tuh sebenarnya x cukup udara...n datin kena pastikan adunan datin benar2 kembang sblm masukkan adunan dlm loyang kek okay..=)


01-12-2006, rkedai komen :

hai yani.... jepun kat mana osaka kah tokyo


01-12-2006, yani komen :

tokyo


04-12-2006, biyyah komen :

Hai Yani... kalu nak buat sauce coklat yang selalu disapukan kat luar kek camner ek? kenapa saya buat bila sejuk dia keras tak lembut dan tak berkilat ?!!


05-01-2007, ratnamurniwati komen :

nak tanya, susu segar 50cc tu tak paham ler. cc tu stand for apa? selalu org guna ml kan?


05-01-2007, yani komen :

cc maksudnya cubic centimeter. a cube 1 cm on each side has a volume of 1 ml . so 50cc = 50ml. Bagi air pula 1ml or 1cc beratnya sama dgn 1g


04-06-2007, suria_h komen :

Kalau nak cuba resepi kek coklat ni lagi simple dan sedap. 1 cwn koko, 1 cwn gula pasir, 1 cwn susu cair, 1 cwn minyak@ mentega cair 1/2 cwn susu pekat, masak dlm periuk atas api sederhana sehingga gula larut. Sejukkan sebentar. Ayak bersama 1 1/4 cwn tepung gandum, 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonate. Pukul 3 biji telur dlm bekas lain. Dah kembang tu bolehlah masukkan bahan2 dlm periuk tadi, pukul lagi sampai kembang, masukkan pula campuran tepung dan gaul ngan senduk kayu hingga rata. Kukus selama 1 1/2 jam. Memang lembut dan gebu. Selamat mencuba.


04-06-2007, yani komen :

suria_h.. kalau ada resipi lain dr resipi ni tak perlu tambah di komen.. create sendiri resipi baru.. senang sikit org lain nak try.. lagi pun resipi yg u bagi ni dah ada kat sini.. boleh rujuk http://myresipi.com/top/detail/1213


08-12-2007, kimie komen :

yani ... looks nice i am new here can u make me one


10-03-2008, kuin komen :

takut plak nak baut keke..kalau mendap cam datin buat tu.. ari tu baut kek ngan kakak pun jadi cam gitu gat.. alahaiiii susah sungguh blajar masak ni huhu


08-04-2008, makDara komen :

hai yanie...salam to all.. boleh tak bg resepi kek kukus yg lain.. kek coklat moist i dah tau buat.. cuma nak resepi yg lain.. yg dah konpom kesedapannya.. tq pd yg sudi tolon..hehe


01-05-2008, faizah sulaiman komen :

camna nak lukis gambar kucing kat atas kek tu?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu