Google+

oleh: shana Ikan Pekasam

No picture

resepi ikan pekasam basah ini banyak terdapat di Perak...senang je buatnya...


Created on : 22-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shana




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5 ekor ikan talapia (apa-apa jenis ikan sungai pun boleh)
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 5 tangkai daun ubi kayu
  • 3 sudu besar garam

Cara-cara

  1. Ikan tersebut dibersihkan dan dibasuh dengan asam keping. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan diatas kecuali daun ubi,ke dalam bekas dan digaul sebati.
  3. Sediakan bekas kedap udara atau balang kaca muat untuk dimasukkan semua bahan tadi. Sebelum ditutup masukkan daun ubi diatas permukaan ikan tadi. Tutup ketat-ketat.
  4. Jangan buka tutup selama seminggu untuk mengekalkan kemasaman ikan. Sedia untuk digoreng dan dimakan dengan nasi panas bersama ulaman.
  5. P/s : Ada satu lagi cara, nasi sejuk boleh diganti dengan beras goreng. Caranya, beras tersebut digoreng terlebih dahulu dan dikisar. Kaedah ini ikan terasa lebih kering dan tidak basah. Selamat mencuba....

Tag

ikan








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

27-08-2008, fara_bie komen :

kalau tersalah gaul, ikan jadi bucuk :)


03-09-2008, shana komen :

tak de lah...belum cuba belum tahu lagi....tapi kalau nak kering pun boleh juge, guna beras goreng...lagi best....cubalah fara_bie, saya pernah buat sebalang dulu lah....bolehlah untuk sekeluarga makan...


08-09-2008, fara_bie komen :

cube kalo shana gantikan daun ubi dgn daun kepayang, lagi best... ataupun pucuk rebung dipotong cube..


21-09-2008, maya2u komen :

sedappppppppp... !


07-11-2008, asmayah komen :

balang yang berisi ikan dan nasi di tarok kat dlm peti ais ke


02-02-2009, surayu komen :

meh tlg jwb..x yah buh peti ais lah asmayah..kalau buh kat peti ais x menjadi lerr ikan pekasam..


26-01-2011, sherill aida komen :

len kali letak lah gambar..exited nak tgok,last2 xde gambar..perhhhh...


15-04-2011, cariresepi@yahoo.com komen :

betoll tu setakat tulis je tak de gambar...kecewa gak nak tgok gambar pekasam yang di buat sendiri....


21-10-2011, sitinurulhidayu komen :

sy nk try wat ikan pekasam ni sbb sy mmg suka gile mkn..klu xde lauk len pn xpe la...suami sy pn suka gile...fevret die la ni...hehe....


22-04-2012, ctnurmadihah@yahoo.com komen :

napa xde gambr


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu