Google+

oleh: mamalya Kerepek pagoda

Kerepek_pagoda

makanan simple kegemaran anak2....


Created on : 19-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mamalya




Bahan-bahan ( 1 family @ 2 tin biskut )

  • tepung gandum 1kg
  • udang kering dikisar 5-6 sb
  • cili serbuk@cili boh 1sb(kalau nak pedas leh tambah lg)
  • garam 1sk
  • setangkai daun kari dihiris halus
  • ketumbar kisar 1sb
  • jintan halus kisar 1sb
  • telur 1 biji
  • minyak 5sb (dipanaskan)
  • air sejuk dalam peti ais
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan , masukkan air sikit2 dan uli sebati hingga doh tidak melekat tangan. cam nak wat karipap.
  2. rehatkan doh 10-15min
  3. bulatkan doh kecik2 dan leperkan
  4. gelek doh kat mesin mi guna no 1. sampai nipis
  5. kemudian gelek pulak kat bhagian mi besar. buat sampai habis
  6. goreng guna api sederhana sampai keperangan. siap.
  7. lagi sedap kalau disira pedas (untuk anak2 x sesuai la...)

Tag

kuih SNEK









Laporan Masakan Bergambar (4)

100_3646__wince_
20-08-2008
Thanks Mamalya atar resepi ni, saya kat n.zealand, dah 3 tahun tak balik m'sia..memang kerepek kegemaran..dapat resepi ni waktu pagi, petangnya terus buat..tak sabar, daun kari pun tak bnyk kat rumah, tapi sbb dah nak makan, buat jer...letak sikit tak byk...dpt lepas rindu makan kerepek...:)
Laporan oleh: Wati_Eltham
20032009050
08-07-2009
salam mamalya. sedap mcm yg biasa beli. buat masa nk balik kg ari tu. 1 balang utk mak saya. 1 balang utk mak mertua & yg kecik tu utk kitorang buat kudapan dlm kereta. terima kasih atas resepinya, puas ati betul.
Laporan oleh: baya74
Foto0985e001
14-06-2012
salam mamalya.. trma ksh kgsi rspi.. sklip mata je hbis.. dok kruk krap dgn ank2 mnakan dpan tv.. trma ksh mamalya kgsi rspi
Laporan oleh: Norriyah
Imag0627
08-07-2012
Salam..Saya dah try buat malam tadi. Ni la hasilnya. Terima kasih banyak.
Laporan oleh: Seri83

Komen (19)

19-08-2008, sofinar komen :

best ni, raya nanti nak buat..... time raya kuih macam ni la selalu laku, biskut2 muak


19-08-2008, sheila_9132 komen :

Leh buat utk raya sekali ni..mamalya, nak tanya la.. jintan halus tu mcm mana ek ? sheila baru je nak berjinak2 dgn bahan kat dapor.. blom kenal sgt rempah ratus yg selalu guna dlm masakan.tQ


19-08-2008, mamalya komen :

shiela...rasanya jintan tu ada kat glossary. cuba check....


19-08-2008, syahmi komen :

nape syahmi x nampak resepinya?..tolong....


19-08-2008, syahmi komen :

ha......tu dia......kena komen dulu baru nampak ke???


20-08-2008, quinnie komen :

bestnya resepi ni..nak kena tunggu hujung minggu ni baru leh buat..sebab tak dek mesin mee..memang nak beli pun...tapi kalau tak dek mesin boleh guna cara lain tak mama?


20-08-2008, Wati_Eltham komen :

nak tanya sikit mamalya....resepi ni sama tak dengan resepi kerepek bilis( kerepek jari bilis) boleh ganti tak udang kering tu dgn bilis....? dan bahan2 yg lain tu ikut resepi asal no, cuma ganti udag dgn bilis...boleh tak?...thanks


20-08-2008, Wati_Eltham komen :

Em...mamalya...sama tak kerepek ni dengan kerepek jejari ikan bilis? klu ganti ngan ikan bilis boleh tak?


20-08-2008, mamalya komen :

quinnie..masa xde mesin lu, mamalya gelek ngan penggelek nipis2, pastu gunting panjang2...tapi leceh n lambat skit la. pastu x dapat nipis sgt, sebab malas nak gelek lelama.


20-08-2008, mamalya komen :

x pasti la wati sama ke ke tak. boleh cuba guna ikan bilis serbuk kot...udang kering tu just untuk penambah perisa... mamalya tak pernah cuba pun...kalau best bagitau ye....leh try... tQ.


20-08-2008, Lina Rahman komen :

Aduih.... bestnya, raya nie boleh cuti buat


20-08-2008, Lina Rahman komen :

Aduih.... bestnya, raya nie boleh cuba buat


20-08-2008, ieda14 komen :

kalo xpkai mesin tp pkai penggelek saja bley x???


24-08-2008, russti komen :

memang nak cari yg rengkas sbb cepat habis mesti buat punye


24-08-2008, russti komen :

dulu ada buat serupa tapi gunakan ubi kayu yg tlh sagat gantikan dgn tepung boleh tahan juga rasanya


26-08-2008, imim komen :

Salam mama, Dah cuba buat kerepek ni sedap tapi de masaalah la.bila gelek guna no 1 dia jadi nipislah sgt.lps tu melekat.akak kita cakap masa uli kena keras x leh guna air banyak betul ke?Tima kasih


20-10-2009, Teratai Desa komen :

Salam, nak tanya napa kena guna air sejuk?


17-10-2010, 2434114 komen :

Salam, baru nak cuba buat kerepek ni. Kawan-kawan ada cerita rasanya sedap. Lagi sedap daripada maruku dan cara membuatnya lebih mudah.


27-06-2012, mashitah.khair komen :

kak ipar saya wat gn ikan bilis.sedap gak.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd