Google+

oleh: izah_ns Kuih cucur

No picture

Resepi orang dolu-dolu... sayer tak ingat ambik dari mano ... tapi best.. teringat zaman kocik-kocik dulu....makan paneh-paneh pun sodappp...


Created on : 15-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi izah_ns




Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 gula gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air panas
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. 1. Gula merah dicairkan dengan 2 caw air panas
  2. 2. Tepung beras,tepung gandum,gula pasir dan garam dicampurkan dengan gula merah yang telah dicairkan (gaulkan sebati sehingga tidak berketul sewaktu air gula merah masih suam-suam)
  3. 3. Dibiarkan semalaman
  4. 4. Digoreng dengan minyak 2 senduk (kalu nak banyak guna senduk kecil/ kalu guna senduk besar kuantiti kuih yang dapat cikit jer ler)
  5. 5. Bancuhan tadi digoreng dengan menuangkannya sesenduk demi sesenduk untuk mendapatkan kuih yang bulat dan cantik seperti topi.
  6. 6. Menggoreng dengan minyak, api perlu sederhana, api jangan besar nanti kuih hangus. Bila minyak tadi susut jadi tambah minyaksedikit demi sedikit.
  7. 7. Toskan dan bolehlah dimakan.

Tag

kuih

Laporan Masakan Bergambar (1)

Kuih_cucur
11-11-2010
kuih favourite mase kecik...tq ye
Laporan oleh: ibu_an


Komen (14)

15-08-2008, zaijulha komen :

sedap kuih ni,boleh try.x paham la yg step no 5 tu,kena letak 2 senduk bancuhan ke?


15-08-2008, animed07 komen :

Ooo..ni kuih cucur jawa. Opah selalu buat. Saya panggil kuih topi mexico sebab bentuk dia macam topi mexico


16-08-2008, sofinar komen :

betul tu saya pun panggil cucur jawa


16-08-2008, Mummy7857 komen :

cucur ni bila masak, dia berongga-rongga kat dalam kan? apa petuanya nk dapatkan struktur macam tu??


21-08-2008, cute10 komen :

Salam izah_ns, saya nak tau senduk tu nak dipanaskan dulu tak mcm buat cucur udang tu....??? thanks,hmmm berminat & ingin mencuba.


25-08-2008, izah_ns komen :

zaijulha : bancuhan tu masukkan sesenduk jer , biler dah masak baru masuk kan sesenduk lagi.. sebab kalu masukan sekali banyak.. nanti bunger tak jadik. Mummy : raser nyer .(sayer pun tak pasti) dia akan jadik sendiri rongga2 tu... hehehe...


25-08-2008, izah_ns komen :

cute10 : masa sayer buat , sayer tak panaskan pun.. terus ambik dari aduan ke kuali terus...terima kasih kerama berminat...sayer suker kuih lama-lama ni... :)


03-12-2008, paij188 komen :

thanks a lot izah_ns, saya mmg suke kuih ni, tp kat Dubai xde so kena la buat sendiri, dh berzaman carik resepi ni br la jumpe.


08-02-2010, kakyat komen :

teringin sangat nak makan yg baru goreng n masih lembut yg jual tu selalunya dah keras sbb nak buatnya bukannya sekejap. nak goreng sekeping2 mcm telur mata kerbau. smlm bancuh dan goreng pagi tadi. Petua kalau nak lebih sedap, bancuh guna AIR KELAPA


23-12-2010, mario komen :

oh kuih ni....kat limbang dan negara brunei panggil kuih penyaram......thanks atas resipinya.....


08-05-2011, Zureyn komen :

saya baru join laman ni syok betul rasanya..x sabar nak pi kedai cari bahan :)


04-07-2011, sya eskay komen :

dah lama carik resepi kuih ni...tq sbb sudi share....


11-07-2011, Ayaka komen :

Salam ka izah.nak tanya.apa jenis tepung gandum yg u guna?jenis tepung beras?mau tau.saya cuba buat, tp tak menjadi, mungkin sebab tepung tidak sesuai.lgpun, tepung skrg nie byk jenis brand.


13-01-2012, ziera94_cute@yahoo.com komen :

nape sy bt x naek pon topi diew?? kenapa ye???


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd