Google+

oleh: bee_rbs Bubur Kanji Utara

Bubur

Juadah 'wajib' bile berbuka puasa ni..(puasa dah dekat...!!!)


Created on : 07-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi bee_rbs




Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 4 genggam beras
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1/2 inci halia - ketuk
  • 1/2 sk lada hitam
  • 10 - 15 ekor udang (saiz sederhana)
  • 4 cawan air
  • 3 cawan santan cair
  • 3 ulas bawang merah - untuk menumis
  • Minyak masak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1/3 sk biji halba

Cara-cara

  1. Rebus beras dengan 4 cawan air , halia, serai, biji halba dan lada hitam sehingga beras kembang (lebih kurang 20 minit dengan api sederhana, kalau nak cepat buka api kuat, tapi kena tunggu le..takut nanti meruap pule..)
  2. Bila beras dah kembang masukkan santan dan udang. Biar hingga mendidih. Masukkan garam . Imbangkan rasa lemak dan masin. Tutup api.
  3. Dalam kuali lain, tumis bawang hingga garing / kekuningan. Tuangkan minyak dan bawang ke dalam periuk bubur. Tutup periuk segera dalam 5 minit. Lepas tu kacau sebati.
  4. Siap untuk dihidangkan..sudi-sudi mencube..!!!

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (9)

07-08-2008, tulip77 komen :

tak penah rasa bubur nih....


07-08-2008, Isya_Irfan komen :

Salam bee...nk tanya sikit,,bee ni orang mana? sebabnya kebanyakan resepi bee sama jer mcm resepi saya....Saya orang utara gak.,tp dh dok kat KL ni..bee dok mana plak?


07-08-2008, bee_rbs komen :

tulip77, kalau kl terkenal dgn bubur lambok..tp kedah & penang selalunya bubur kanji la..rasa dia lemak..cuba le..


07-08-2008, bee_rbs komen :

Isya_Irfan, saya asal kedah, tp dok kl dah lama gak..u asal mana? kedah gak ke?


07-08-2008, Isya_Irfan komen :

Huh..patut la pun..satu negeri rupanya kita..saya dr kulim..


08-08-2008, bee_rbs komen :

patutla..satu kampung la kita..mari lakita berkongsi resipi..he..hee..


08-08-2008, aa_iezah komen :

erm....memang sedap bubur kanji, bulan puasa memang 'wajib' ada. tp selalunya bapa i bwa blik dr masjid jer lps ni kalu rajin bleh ler wat sndr plk.


11-08-2008, bee_rbs komen :

a_eizah, boleh buat sendiri lepas ni..senang je..family bee kalau buka posa mesti nak bubur ni dulu..


12-10-2014, chombieana komen :

wahhh, resepi sama mcm yg mak sy ajarkan, tpi kami bukan org kedah, tepen mari pnya.. sedap3..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd