Google+

oleh: kak fida ♥Kek Lapis Betawi Kukus™

Lepis_enak

Resipi dlm simpanan utk dikongsi bersama. Selalu juga dibuat utk majlis2 tertentu.


Created on : 25-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak fida




Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. )

  • 10 biji telur - grade B
  • 300 g gula halus
  • 125 g tepung gandum - ayak
  • 1 sk rempah kuih
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 100 g mentega *
  • 300 ml susu sejat *
  • 400 ml air *
  • 1/4 sk garam *
  • 1 sk choc. emulco

Cara-cara

  1. Bahan2 bertanda (*) dimasak hingga mendidih.
  2. Telur dan gula dipukul hingga kembang lalu masukkan tepung sedikit2 dan terus pukul.
  3. Tuangkan susu panas tadi dan pukul terus hingga rata pada kelajuan sederhana. Matikan mixer dan gaul pula dgn spatula utk meratakan lagi adunan.(adunan ini memang cair, so don't be khuatir...)
  4. Adunan di dibahagi 2, satu bahagian dicampurkan choc. dan rempah dan satu lagi dicampurkan serbuk vanilli.
  5. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna. Setiap satu lapis, bubuh 5 senduk dan kukus selama 5 min. Bagi lapis akhir kukus 15-20 min.
  6. Biarkan kek di dlm loyang sehingga sejuk. Keluarkan kek dan bolehlah dipotong

Tag

kek









Laporan Masakan Bergambar (2)

Betawikukus
22-08-2008
first time buat kek lapis..suka tengok belang2nya tu sebab cuba..tq kak fida..
Laporan oleh: quinnie

1st time buat tapi dh pas dh...tahniah quinnie n tq krane mencube(akak baru prasan hari laa) jgn mare...

Dsc01863
30-04-2009
Puan Fida kusayang, saja nak tanya, saya ni budak baru belajar buat kek lapis. Sama ke kek lapis rempah ngan kek lapis betawi. Ini saya buat versi bakar. Tq Puan Fida for the recipe.
Laporan oleh: Sharm1969

trima kasih Sharm krane rajin melapis skrang ni...hihiiii... nmpk cantik lapisan kek tu walaupon dibakar...lapis rempah dan lapis betawi,kek lapis yg same mmpunyai prase rempah aje...tq skali lagi krane mencube... :)


Komen (14)

26-07-2008, ibudamia komen :

rempah kuih tu camne?vanila tu klu guna yg cecair tu blh x?


26-07-2008, ibudamia komen :

rempah kuih tu camne?vanila tu klu guna yg cecair tu blh x?


26-07-2008, kak fida komen :

salam buat ibudamia yg bertanya....rempah kuih atau "cakes spice" adalah rempah serbuk yg mudah didapati di mana2 kedai yang menjual bahan2 kuih. Ianya terdapat di dlm botol kecil...vanilla cecair boleh juga digunakan kerna jumlahnya tidak banyak.....selamat mencuba...tq


26-07-2008, sis komen :

Wah...best ni


26-07-2008, sis komen :

bleh bakar x? malas la nak kukus


26-07-2008, kak fida komen :

kek ini tak sesuai di bakar....hasilnya tk same seperti di dlm gambar....kalau sis nk cube jugak...then...jgn lupe hantar feedback...ok ....tq..


26-07-2008, quinnie komen :

hmm nak tanya...kek ni tak payah letak baking powder ke?


26-07-2008, kak fida komen :

Kek ini memang tk gunakan baking powder...bila dh siap...ia seakan2 puding...dan enak di makan sejuk2 (chiller)..lagi pun ..telur yg 10 membuatkan kek ini lembut...tq..quinnie...kerna bertanya...dan selamat mencuba...


05-08-2008, quinnie komen :

kak fida..lagi satu nak tanya..loyang yg kita nak kukus kek ni tak yah gris dengan minyak sikit ke? dia memang senang nak keluar bila dah sejuk nanti ke? saya dah beli rempah kuih..ingat nak cuba le..


05-08-2008, kak fida komen :

quinnie, loyang kek digris,alas kertas minyak dan gris lagi tapi pd dasar loyang aje...tk perlu gris kelilingnya...tq...selamat mencube....


11-04-2010, tumitkekure komen :

salam kak fida...kalau saya ada telur AA berapa biji yg harus digunakan..


11-04-2010, kak fida komen :

w'salam tumitkekure..telur AA dan B cuma sikit perbezaannya tapi klau nk kurangkn,guna 9 biji telur AA aje...slmt mencube...tq... :)


28-01-2011, isstieyhumairaa komen :

leh tunjukkan kn x cm ne rupa rempah kuih 2.. sy x tau la.. plzz..tunjuk btolnye skli ke..


29-01-2011, kak fida komen :

isstieyhumairaa...contoh rempah kuih boleh lihat di glossary http://myresipi.com/top/glossary/216 mudah dibeli di kedai2 yg menjual bhn2 kuih dn jugak di pasaraya dgn brlainn jenama... :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd