Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Aiskrim goreng

 Submitted By On 12 November, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

aiskrim bersalut conflakes dan walnut

Ingredients
  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • 1 cawan chopped walnuts
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya
Instructions
  1. Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah

    scope.jpg
  2. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.

    aiskrimgoreng1.jpg
  3. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.

    aiskrimgoreng3.jpg
  4. Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.

    aiskrimgoreng2.jpg
  5. Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.

    aiskrimgoreng4.jpg
  6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.

  7. ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All