Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Tepung kapur

 Submitted By On 10 July, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resepi dari ibuku, buat untuk makan pagi. masakan terengganu. buatnya senang je..

Ingredients
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka
  • sesudu kapur makan
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut
Instructions
  1. masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap.

  2. masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit - sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa - biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam.

  3. tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega.

  4. kukus dalam masa 30 - 45 minit.

  5. bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan.

  6. kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut.

  7. dah siap, boleh la makan.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All