Google+

oleh: deepzai Rendang Pucuk Paku Negeri Sembilan

Pa050283

Ini adalah resepi emak saya, Hajah Habibah Haji Zakaria. Berasal dari Kampung Galau, Kuala Pilah, N9. Jangan terperanjat sebab resepi ni TIDAK guna bawang, ye. Kalau nak ganti ngan sayur lain cam pucuk ubi, pucuk pegaga, maman dan lain-lain boleh juga. Pasti menjilat jari.


Created on : 08-07-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi deepzai




Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
  • 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
  • 1 1/2 inci kunyit
  • segenggam ikan bilis
  • 3 keping asam keping
  • pati santan dari 2 biji kelapa.
  • garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa. Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.
  2. Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.
  3. Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan. Yummy.








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

13-04-2011, syazaqira komen :

wow..sempoinye..tul ke ni rendang..pic xde ke


24-04-2011, deepzai komen :

Dah upload dah. Cuba lah ye. Lepas tu upload le gambanye sekali.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu