Google+

oleh: azizahmansor Pengat Labu

Bubur_labu

manisan yang sangat mudah disediakan


Created on : 30-06-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi azizahmansor




Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1/2 biji Labu (bersaiz kecil)
  • 1 kotak Santan (saya guna santan M&S saiz besar)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • secubit Garam
  • 2 simpul Daun Pandan
  • 3 sb Sagu (direndam sehingga kembang)

Cara-cara

  1. Labu dipotong dadu dan dibersihkan
  2. Masukkan santan,gula,gula melaka,labu dan daun pandan ke dalam periuk (tambah air jika perlu).Nyalakan api dan kacau perlahan
  3. Tunggu sehingga gula melaka larut dan labu lembut. Masukkan sagu yang direndam.
  4. Masukkan secubit garam dan tunggu sehingga mendidih. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Laporan Masakan Bergambar (3)

Img_8287a
22-03-2011
sedap, tambah dengan cha cha dan sagu. tq for sharing the recipe.
Laporan oleh: Kak Rosenah
P1050387
17-05-2012
slm...wat mnom ptg..sdp.
Laporan oleh: Mariani(KT)
Dsc05178
13-06-2012
sedap! akk tmbh ubi...tenkiu2..
Laporan oleh: k.zila66


Komen (2)

25-01-2011, mamamasak komen :

pengat labu sebenarnya sedap jika guna santan segar, baru rasanya betul-betul kaw.....


25-01-2011, mamamasak komen :

satu lagi jangan guna gula melaka, cuba guna gula kabung.... fuh terangkat.. gula kabung banyak dapat di pahang belah benta...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd