Belum menjadi ahli? Daftar (percuma) | Sudah menjadi ahli? Log In
jom sekali sekala ubah menu sarapan dgn humburger dan kerepek ubi keledek
Created on : 09-11-2006
Laporan Masakan Bergambar (0)
Komen (10)09-11-2006, Aladin komen :
Ada sapa-sapa yang boleh bagi resepi ayam panggang / percik madu Sarawak. Kalau boleh ada geng sarawak ambil gambar perlatan semasa memnggang lagi baik. Dulu semasa saya ke Kuching terlupa nak ambil. Dia punya ayam rasa dan warnya menarik. Yang saya tahu ianya disapu madu + kicap semasa dipanggang.
19-12-2006, PGA_DiMarco komen :
Resipi ni sebijik mcam kt...: http://www.jphpk.gov.my/Malay/resepi%20bm%20beef.htm
19-12-2006, umi_e komen :
PGA-DirMarco... saya pergi ke web yang diberikan dan saya begitu TERPERANJAT kerana resepi saya berserta gambar yang saya ambil sendiri ada dalam web tersebut!!!!! So apakah PGA-DiMarco beranggapan bahawan yani ambil dari web tersebut???? I think web tersebut telah mengambilnya dari yani kot... ( macam resepi saya - tauhu telor kukus) errmmmm yani... jawab please... just to confirm...
19-12-2006, zara_klate komen :
a'ahla. i setuju. i da gi website tu. ade byk resepi kat website sna sama dgn website nie. admin, ape pendapat u?
19-12-2006, yani komen :
huhu... umi_e resipi kita dicuri org rupanya. Bukan setakat website tu je.. kat surat khabar pun ada resipi dr myresipi ni. Senang hati dorang ambik tanpa tulis sumber dr mana.
19-12-2006, skyblue komen :
Yani, cari lawyer... sue kan semua pencuri tu. Program kan... semua gambar yg upload kat sini tunjuk website address secara watermark.
19-12-2006, admin komen :
utk pengetahuan semua saya telah hantar email kpd webmaster http://www.jphpk.gov.my berkenaan dgn resipi yg telah copy... tunggu tengok feedback macam mana.. <br/><br/> skyblue.. thanks, bagus juga idea tu. Saya akan try buat nanti. Tapi sebelum tu nak siapkan sistem utk glosari berkaitan dengan bahan-bahan dan event pertandingan memasak utk komuniti myresipi.com
20-12-2006, arfa komen :
i dah anta emel kpd pengarah & ketua unit IT JPHPK. alhamdulillah mendapat reaksi yg baik dr Dato' pengarah. nnt I paste kat bawah emelnya.
20-12-2006, arfa komen :
W’salam & salam sejahtera TK di atas emel puan. Untuk makluman, setiap emel/pandangan dari orang awam yang diterima tidak dipandang remeh temeh oleh Jabatan ini. Izinkan saya menerangkan di sini, ahli-ahli kumpulan web Jabatan ini tidak mempunyai niat langsung untuk "mencuri" atau "menciplak" resepi dari laman puan dan tidak mereka menyatakan ianya hasil kerja mereka. Untuk makluman puan, resepi daging dikumpul dari PELBAGAI sumber semata-mata untuk kemudahan pelanggan2 Jabatan. Kakitangan Jabatan bukannya pakar dalam bidang masakan, maka sudah tentulah kesemua resepi dikumpul dari pelbagai laman web yang ada termasuk laman Indonesia. Ahli-ahli web sanggup dan bersedia menterjemahkan nya kepada Bahasa Malaysia; semua nya semata-mata untuk kemudahan pelanggan2 Jabatan. Itu sahaja. Tidak ada niat seperti yang dituduh, selain dari untuk kemudahan pelanggan kami. Walau bagaimanapun, memandangkan puan rasa terkilan juga dengan tindakan kakitangan saya, saya telah mengarahkan mereka meletakkan satu Nota di setiap muka surat resepi yang dikumpul dan diharap puan berpuashati dengan itu. Sekian.
20-12-2006, admin komen :
Terima kasih kpd sdr arfa. Saya pun dah hantar email kepada webmaster website itu tapi malangnya tak sampai . Mungkin email yg saya jumpa kat website tu dah tak valid. Walaupun dia orang takde niat nak mencuri atau menciplak.. tapi untuk setiap resipi kenalah tulis dr mana sumbernya. Tak kira dari website ini ke, website indonesia ke atau mana-mana saja. Tak kira juga diterjemahkan semula atau tidak.

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu