oleh: Alia Ayam masak merah

Ayam

Ayam masak merah my style


Created on : 10-05-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • 1cm halia
  • 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (1)

Img_0035
02-03-2007
Ada 3 resipi ayam masak merah kat website nih, tapi resipi saya same mcm alia :P, lauk hari ni..
Laporan oleh: maya_zakry

Komen (9)

19-12-2006, fashana komen :

pasti sedap


01-05-2007, seri komen :

sedap ke... tapi nampak cam sedap


12-08-2007, cengkehcute komen :

nampak cam honeychicken, nampak sedap, nak try nanti


20-08-2007, miz komen :

nam ked nyam jak


30-11-2007, airus komen :

hmm..cam sdap je


10-03-2008, zuwina komen :

kalo saya tambah rempah 4 sekawan...kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga...utk mewangikan lagi lauk tersebut....boleh variasikan kepada pelbagai jenis sama ada guna ayam,udang etc...sedap hingga menjilat jari..pok...sik cayak...cuba la


12-03-2008, kas komen :

kalau tambah tomato puri sikit mesti sedapp...


14-05-2008, masmie7376 komen :

sedapnya..........


15-06-2008, nollyarwen komen :

nolly sokong zuwina!!! tumis la skali ngan rempah2 tu, confirm lg terangkat! nolly slalu gak msk menu ni, tp ditumis skali dgn rempah2 tu.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu