Google+

oleh: azwalissa Kuih Gunting

Kuih_gunting

makanan kudap-kudap time tengok TV


Created on : 20-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi azwalissa




Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 1 kg Tepung Gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 4 sudu minyak masak & 4 sudu mentega (dipanaskan bersama sehingga cair)
  • Daun kari digunting halus
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • - BAHAN KISAR -
  • 1 sudu - Cili boh, Jintan Hitam, Jintan Manis, Ketumbar
  • 3 sudu - udang kering & ikan bilis
  • 1 labu bawang putih

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum, daun kari, telur & bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam bekas aduan. Masukkan juga gula pasir dan garam. Kemudian masukkan minyak & mentega yang telah dipanaskan.
  2. Uli aduanan dengan memasukkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
  3. Kepal dan gunting adunan mengikut saiz yang sesuai. (saya tak gunting, saya putar je guna mesin mee. guna saiz yg tebal sikit)
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Sejukkan sebentar dan sedia untuk di hidang.

Laporan Masakan Bergambar (1)

P1020348
10-06-2010
slm.xltk d.kri n sewaktu dgn nya.cuma ada ktumbar n kan bilis jer.
Laporan oleh: Mariani(KT)


Komen (13)

21-05-2008, hazrah komen :

klu x letak jintan hitam x bleh ke..ikan bilis dgn udng kering kena masukkan dua-dua sekali ke...atau pilih salah satu..


21-05-2008, dannisha komen :

ni favourite masa raya. Dulu MIL yg buat, skrg leh la buat sendirik. TQ


21-05-2008, azwalissa komen :

Hazrah: Jintan hitam takde tak pe kot, tak lari sangat rasanya..saya biasa beli sepeket kecik2 tu satu set, masukkan aje serba sikit. Ikan bilis dan udang kering saya masukkan dua2 sekali.. tapi kalau nak adjust salah satu, saya prefer bubuh udang kering la.. wangi sikit. Dannisha: u're welcome. nanti cuba la buat & hantar laporan ok? selamat mencuba!


21-05-2008, norre komen :

mmmm... nampak sedap, bahan2 pun ada kat rmh.. nak buatla jap lagi. cuma nak tanya betul ke pakai 1 labu bwg putih? kalau pakai 1/2 labu bwg putih boleh x? tq.


21-05-2008, azwalissa komen :

ikut resepi masa belajar buat dulu, tepung 2kg, garlic guna 2 labu. saya buat sekilo tepung, so saya adjust guna 1 labu bawang putih. tapi saya rasa kalo kurangkan jadi 1/2 labu pun ok aje kot...takde lari sangat rasanya. selamat mencuba ye Norre!


21-05-2008, norre komen :

tima kasih, jap lagi nak buat...


22-05-2008, sabrila komen :

nampak simple jer bahan2nya.nak cuba la cuti ni!kalau sedap bole buat meniaga ni.


22-05-2008, Ekieyna komen :

Mana bahan2 nyer ek??dap ni kuih ni..huhu..


22-05-2008, Ekieyna komen :

Opss..dah da tulis..line xbetoi kot sat td..adess!!Malu seyy~~


11-10-2008, aliabu komen :

santan tu untuk apa yer?tadi baru buat tapi tak berapa ranggup....time tgk tv tak sedar dah abis sebesen makan


05-11-2008, alyasuraya komen :

nak try hujng minggu nih... nanti tempek gambar kat sini k. hb i suke makan kudap kudapan nih..


02-01-2009, sitinor komen :

eee.. teringat masa sekolah dulu2, kuih ni la sy dok buat bisness kat sekolah...sampai cikgu marah xleh menjual kat sekolah... nak buatla ujung mgg ni, nak buat bisness, letak kat kolam pancing udang suami...


16-01-2009, mardi komen :

knp x wat bubur guntng je? kan lg sng.....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd