oleh: fidadaud Begedil Ikan

Bergedilikan

Kitar semula sebarang ikan goreng yang tak habis


Created on : 12-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 400gm kentang - dipotong 4 memanjang
  • 2 ekor ikan ikan goreng - ambil isinya dan ditumbuk/kisar sedikit
  • 1 sdb udang kering - kisar halus
  • 1 sdk serbuk lada sulah
  • 1/2 sdk garam
  • segenggam bawang goreng - tumbuk/ramas sedikit
  • sedikit daun sup - dipotong halus
  • 1 biji telur (untuk menggoreng)

Cara-cara

  1. Goreng kentang sehingga masak/garing. Setelah itu, angkat, toskan minyak dan terus lenyek lumat kentang tersebut. Jgn tunggu sehingga kentang sejuk kerana kentang akan mengeras dan susah untuk dilenyek.
  2. Campurkan kesemua bahan lain (kecuali telur untuk menggoreng) dan gaul rata.
  3. Bentukkan seperti bebola, kemudian leperkan sedikit.
  4. Celup di dalam telur sebelum digoreng.
  5. Goreng pada minyak 3/4 tenggelam. Goreng kira-kira telur yang menyaluti bergedil ini masak/garing sahaja.
  6. P/S: Jgn gunakan api yang terlalu kecil ketika menggoreng kerana ini akan menyebabkan bergedil serap terlalu banyak minyak.



Laporan Masakan Bergambar (1)

Bergedil_ikan
20-05-2008
mmg best ler fida...tak mbazir, selalu kalu ikan goreng kt rmh ni mesti ada belen..so kali ni ada belen je mesti buat begedil..bagus3 toche2 ar...:)
Laporan oleh: Aziemas

Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu